I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 03, 2009

SAYANG SLAMAT PAGI, KABAR BAIK AKU D CNI...(music)

HUSNAAAAAA....banguuun pukoi 5.30 dah ni...
ceh..mak ingat owang tak reti tengok jam ke..baRu koi 5 suku

dari tilam di tengah rumah aku bangkit ke katil bilikku

haiih, bangun lekass, satgi tak dan nk bersiap..ppa pon tak dapat
kali ni dia bukak lampu pulak

emmmhhhlkkdjlh sambil bergolek-golek
dgn mata terpejam aku bangun ke bilik utama menyambung tidur yg sudah tak asyik lagi

penangan terakhir ibuku akhirnya membuatkan aku terus ke bilik air dan bedeburrr...

pada waktu ini umurku 22tahun11bulan4hari, bangun bukan lagi utk ke sekolah tapi untuk first time job interview.

sesi interview ok, cuma aku yg agak kekok dgn bahasa, kejap english jap BM mujo aku tak belajar mandarin dulu.

episod 1 - Accommodation

masuk2 soalan tu yg dia tanya, cam konpom je nk gajikan aku.

"u have relatives or friend living here? or else where did u wanna live?"
i have friends who have already worked here, and they're 3 of 'em.

oohh, i see, then u can discuss with them to rent a apartment nearby. because here got hostel but i afraid that you're not comfortable. so...
yes, i'll come n see my friend and ask her about this. i'm just okay to live in hostel as they said that u just cut 70 from our payment, so i guess its affordable. maybe later, we can decide whether to stay or move out.

episod 2 - interest

so, which field the u interest to work in?
i would like to work in OT.

owhh, OT ah, that's very nice. Why?
oh, in HUSM during my practical there, i've found that OT was very interesting and i would like to involve there. i heard that not much nursing research in that area, so i think i want to further do some research there..(wlek, ayat spontan yg terblah bile ku ingat balik..i mean.....boleh pecaye ke aku ske wat research)

so in OT, what u do?
umh, actually i've been exposed to be scrub nurse, safety and ..

do u involve in recovery?
ah yess, recovery, we assess hemodynamic states, wound.

so u also did this during ur attachment?
ah yes.

(masuk bab OT ni, byk aku termati kata, takde idea nk nipu pon, so senyap je, cuma kekadang aku poyo2 terer speaking, aku mencelah sikit2)

episod 3 - matron interview

yg interview aku 2 org je, n diorang setuju nk panggil matron OT utk interview aku time tu jugak sbb diorang tanak aku penat nt ulang-alik kamunting-penang semata-mata benda yg kecik, tapi, matron tgh jd scrub nurse, so she can't come. (peace-peace, no war)

in case, other than OT in what field u interested in?
(aku dah prepare dah nk jwb soklan ni) oh, maybe antenatal clinic or ward.

oh u mean OnG, obstetric an gynae..owh u're not interested in surgical?
hum, i prefer OnG.

why u prefer OnG rather than surgical?
hhh...because i think we as female we have to master ourselves, so that's why.

your friend before have said that they have been do project or something, so what did u do there?
ah? u mean...?? health teaching ah??

aaa..so waht u do?
em, i do breathing teknik during labor and how to relieve pain during push to deliver and combine with my friends, we teach perineal care. (yg pertama n kedua tu fakta, tp yg ketiga tu auta sket pasal terkaget)

oooo...(mereka angguk2)

episod 4 - medical chekup

so husna, would u like to undergo some medical chekup today or u want to come another day for medical chekup here?
i prefer today.

so after this, Lin will take u for medical checkup... blablabalbnablabla
Ok

episod 4 - unexpected salary

so, this is your salary, plus, food, COLA, hostel, your dgree total all rm1521. we give u 18 days leave and 4 days to study...bla bla blalajjljlkfjldhfiyau4wyrfjgytr75te7rtuiej
u sign here, here and here
signedd

then go medical checkup then after pass the receipt to cashier can go home..OK

in case if u turn down this job after u undergone ur medical chekup, then u have to pay rm200, sign here if u agree and we will proceed.but today is free.
haiszz, bab duit ni yang terngiang di kpla..insyaAllah, andai aku ditakdirkan di cini, i'll not turn down..

penutup utk hari ini

ok n ok, setelah jumpe elisa and selesai segalenye..aku pon bertolak pulang dalam jam 3.30pm, smpai umah kol 6ptg.

Wednesday, September 23, 2009

Assalaamualaikum Cikgu.....HUSNA

Pekabar murid-murid sume, hari ni saya cikgu bahasa melayu kamu yg baru.
Nama cikgu HUSNA.

perhh..aku tak caya smpai sekarang yg aku jadik cikgu..

FLASHBACK...<<<<
setelah dilema perli memerli, tawaran kerja yg delicious, aku mohon petunjuk darinya dalam bulan ramadhan yg mulia ini

setelah berenti keje pada hari khamis, makanya hari jumaat free dan hari sabtu akan kerja di secret recipe dan isnin akan test JPJ utk motor.

namun, pada tengahari jumaat yg cuti dgn indah itu, tetibe, paksu ku menalipon.

Ktenye : NA, hari isnin nnt bawak suma sijil degree, kite pi Jab. Pendidikan Daerah. Ari tu cakap ngan paksu nak jadi cikgu ganti kan?
A a...aku : A..aaa.. ah ye lah..Er, tapi paksu, ari isnin ni ade test jpj.
Beliau : ha..lepas test kite pi la
aku: ok

Aish..rase cm mimpi je..Alhamdulillah, ini lagi better dari mcD maupun secret recipe.
Terime je la

perhh, kalo la camni je aku terime pinangan orang..uiyy, tattawlaa..

SO, here I Am...
Guru GAnti Di Sekolah Teknik Kamunting...

Wednesday, September 09, 2009

I'll Miss THem ALL...~~ Ingatlah Diriku

Chandra & Sheila Majid

sejujurnya diriku
tak ingin kehilanganmu
aku masih sayang padamu
namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
cukup sampai di sini
hingga kini bersama lagi

ingatlah diriku
yang pernah
ada disampingmu
ada di waktumu
ada di hatimu

ku ingat dirimu
yang pernah
hadir di hatiku
temani waktuku
temani hatiku

sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
aku sangat sayang padamu
namun entah mengapa
perpisahan ini menjemputku
semoga kita bersama lagi

sejujurnya diriku mo tampal lirik ni kat notice board crew
tp aku rasa malu
namun bila aku pergi
biarlah
macam tak jumpa lak
sebelah bangunan jew..ooowwhh

notakakiku: Mintak mahaf ya, itu lilik adha penambahan sikik ya (tiru cakap cam shirly ..)

Tuesday, September 08, 2009

Secret la Weiii

Sejak kedatangan pekerja baru, dari desert center aku berpindah ke kiosk. Erm, rasa gak nk bwk bantai n tilam ke sana, tmbah bulan posa yg tak ramai orang + ngantuk + takPosa, adeh...

Pada suatu pagi yg tenang, seorang cina bersama aweknya membeli satu eskrem, dia kemudian bertanya
Awak berminat tak kerja di Secret Recipe?
HAAA..waaa
Erm, err boleh jugak
Bermulalah sesi dialog yg boleh la jugak ditayangkan di tv1 utk pekerja contoh sehingga dilamar orang untuk kerja di kedainya.
Mataku bersinar-sinar ala honey senpai (Ouran HIgh School),
honey senpai Pictures, Images and Photossecret recipe tuuuuuuuuuuuuuuuuu..

AKu bakal naik pangkat secara peribadi dari sorang eskrem girl kpd cheesecake girl.
Pas ni chef kowt..ohohooo..
BAgai durian runtuh, bagai bulan jatuh ke riba, bagai orang posa di suapkan nasi beriani gam + ayam masak merah dan seumpamanya lah..

Masalahnya, kedai aku dan kedai secret tu tak lebih 1 kilometer dgn berjalan kaki.
Pemisahnya adalah jalan dan tempat parking keta kerana meraka berada dalam bangunan berlainan
Aku tak mo dikatakan membelot, atau menghampakan perasaan manager sbb berenti keja dgn keja dalam satu bidang cuma manager yg berbeza.


Well, ape da jd dgn fikiran positif aku..mungkin sbb aku dtg bulan..huh..hmpeh
aku takde rekod buruk pun kat kedai eskrem aku, tp tak semena-mena aku stop.

Ini lebih kurang macam aku dah de boyfren then aku mintak putus ngan dia sbb bakal gewe aku ni lagi bagus. Materialipstix tol ..

Aku telah bagitau "boyfren" aku bhw aku mo putus dan pergi.
Tnpa bertanya ke mana ku kan pergi, dia agak kecewa tapi cam redha je. Biarla dia tak tanya. AKu tak dpt agak apa reaksi dia kalo dia tau aku jatuh cinta pada jiran lorong belakang rumahnya atau bahase inggerisnya backstreet boys..ahah.
Lebih kurang camtu ar analoginya..

Setakat ni, sorang je kawan aku tau aku akan curang, dan aku mintak dia secret kan segalanya. Biarla pekerja len tahu yang aku dapat keje lain, jnji bukan keja dekat2 diorang.

Tunggula aku mengharungi harinya ya. Aku akan buat komik dan publish dalam GEMPAK edisi spesial.....(aha, berangan)

Sunday, September 06, 2009

Pertama ramadhan ini

Pertama kali aku bukak posa kat tmpat keje pada 1 ramadhan
taktau la cemana 1 syawal nnt..wuhuhuhu
anyway, takpe pun, sbb mak n abah sentiasa disisi
InsyaAllah i will be ok, as they blessed me, then Allah will always bless me

Sehari sebelum puasa di Perak adalah hari kerja terakhir atau jumaat tapi suasananya hari tu cam hari cuti.
Apsal ramai sangat owang beli eskrem hari ni niarhh?
Sbb esok nk pose ... kut
Aih, jauhnye kut nko
Agakla..

em, tp rasional gak pendapat suara yg menjawabku itu
keesokannya, aku jaga petang sampai mlm, so aku bukak posa di bilik crew.
tp customer hari ni ramai jugak, tak surut2
tak pe la, hari cuti kan..

Sesudah aku melepasi hari sabtu dan ahad, pada hari isnin aku bekerja dgn harapan customer tak ramai..tak la penat sgt pose ini
jangkaan ku meleset tersepit.. hari bekeje pun ramai gak
apsal diorang ni....
ye betul bulan pose org islam pose, tp yg bukan islam tu bkn main galak lagi beli eskrem, takkan la sbb aku chomey..eshh astaghfirullah hal adzim, yg baik itu dari Allah Ta'ala.

selidik punya selidik
Ya, memang "tempurung itu katak ada dalam" la ini awek
itu CUTI SEKOLAH la ngong...
LLERRR......dah namenye keje mane aku tau budak2 ne cuti sekolah, lainla aku yang g sekolah
memang tempurung betui

PAbila, cuti sekolah telah habis, the expectation is true within 95% confident interval..amek ko
Mksudnye : Customer telah tidak meramaikan diri...huhu
adela sikit2 anak2 kecik diorang nak eskrem, yg non-muslim tu cam biasala, jilat-jilat depan aku, aku belakangkan je mereka
YA ALLAH, Kau kuatkanlah iman ku..Amiinn.
dua tiga budak lelaki yg tak seberapa tahan melihat jmbul eskrem tersebut mengacah-acah nk beli eskrem..
aku cuma senyum dan berpaling..biasalaaa
aku kn comey, sesuaila jual eskrem

Namun, jenis yg tak posa saman, memang menguji iman aku betol
Pada hari aku jual aeskrem di kiosk yg bersebelahan panggung wayang,
manakala di tingkat atasnya merupakan amusement park,
tempat budak2 melepak n hangout
ada sorang yg berani berani alang nak beli aeskrem, muka melayu
aku tanya dgn nada marah "posa tak ni?"
Posa kak, ni untuk kawan saya..(mmg muslim la ni)
aku saja melmbatkan order supaya budak tu sedar yg aku tak mo jual kat dia, tapi, sbb ade customer lineup, aku pun buatla
dalam palaku mau je aku tonyoh kepala dia ngan eskrem ni
aku amek duit dan dia terus berlalu tanpa-eskrem-tersebut tertonyoh-ke-kepalanya. eeeee geramnyaaaaa

Sejak daripada hari tu, aku serius je dgn budak2 yg ngelat ni. Aku geleng kepala dgn muke geram, diorang akan terus je blah.
Aku takmo subahat, rugi je aku pose...

PAda hari-hari x ramai customer, masa kerja ku banyak melanguwt.
Melihat kiri kanan, jauh dan dekat tanpa menggerakkan kepala dengan dagu bertongkatkan siku.
"HHHAAAh, melangut melangut. kerja tak jalan!!!!!!"
sampuk bos sengaja membuatku tersampuk
cepat2 aku lap2 tray, meja2 walopun da bersih
Hilang je bos dari pandangan, aku sambung melangut
haih....mamat tu senyum padaku, aku membalas senyumannya
heeee, hensem gak heee...hAIss...astaghfirullah aku posa ni..
babak berbalas senyuman berterusan hingga minggu ke2.

Sejak Gintell wat promosi dpn kedai eskrem aku ni, mamat tu selalu curi pandang kat aku..(hoho, perasan)
sbb dia promoter Gintell tersebutla
Lama-lama aku bosan dgn isyarat yg constant ni
Maka, pada satu ari, ketika kami berselisih, aku meng"HAI" padanya,
dia masih lagi dgn senyumannya
Tapi, beberapa minit selepas itu
dia datang dan mngusik aku
"kalau saya nak beli chocotop, awak nak bagi tak?"
dgn senyum manis anak dara, aku kata "mesti laaaa ..tak, kan pose"
"Kalo takpose awak bagi tak?"
aku angguk dan senyum.. dia ketawa dan blah
aku paling ke belakang...eee sukenyeeeee
emote-drool
HUMBOI..mkin menjadi lak bulan pose ni ye)
tp, semuanya tu berhenti takat tu je.
Sbb aku tau, kalo aku buka langkah baru dia mengorak
bek takyah..kalo nak mai terus
kalo men2 takpe la..
aku carik yg len ohoho

Pada hari pertama jaga kiosk, mamat nepal yg cute yang selalu tanya "Dah mkn?" telah betukar term "Posa ka?"
Aku mengangguk, kali ni aku dah malas nk layan ko,
Aku bercakap dengannya bila aku mo pinjam mop dia utk mengemop tempat aku.
Dia pon paham yg aku posa, so he just leave it
satu hari dia beli eskrem kat aku, aku buat dan dia mkn sebelah kiosk aku.
aku bagi tisu dan aku sroh dia makan jauh2
tapi, mamat nepal ni lmbat pickup plak dah
"haa. apa?? (geleng-geleng atas bawah)...OWwh, sori ya aka"
aku mengangguk dan senyum, lalu dia belah smbil meminta maaf lagi dlm bahasanya..

Sebagai orang pompuan fitrahnya pasti sampai.
Bila datang harinya, pertama kali dalam hidup aku sakit teruk sbb aku masih posa time tu.
Keadaan kiosk tu mmg nmpak trang tang tang yg aku tak posa sbb kon eskrem ade kesan gigit n mineral water aku terpaksa kebas sbb hypo..
Aku hypo dlm keadaan datang bulan, gilak, menggigil aku.
Sebenarnya aku tak boleh mkn eskrem pun sbb nk termuntah, jadi aku mkn kon utk ganti gula dlm darah, tapi tak mampu. MInum air pun rasa nk luah balik.
Aku sakit terduduk, aku kena bgtau bos yg aku perlukan pengganti, aku nk rehat.
Aku tepon bos sruh sapa2 budak pompuan bawak naik pad kat aku..Budak tu then report kat bos pasal aku.

Lepas rehat setengah jam,kiosk tu berganti dgn sifu eskrem aku hari tu.Aik mana budak pompuan tu? em, takpelah, mybe ramai customer kat bawah.
Aku panggil nama sifu, dia tengok aku, dan katanya bos suruh aku balik.
Tp, husna tgu sini dulu eh, abang nk turun sat amik barang.
Ha, ow, ok.
Jap gi abang naik, husna boleh balik.
K, aku mengangguk. AKu pelik.
"Abang" pulak dah, kan dia lagi muda pada aku, dia pun tau
Pape la..aku yg sakit, dia yg kaget
dia caring kat aku kowt...hohoho
Apabila aku nk balik, aku berterima kasih kat bos sbb selamatkan keadaan, namun, aku malu.. sbb "pad" tu
WAAAAAAAAAHAA AKU MALU...
Sebelum balik, aku terkulat-kulat nk gitaw bos pasal air mineral tu. Bos paham, tp apsalla ramai sgt org kat situ time tu..Uhuuuu maluuu..

Selepas punch break, mknn aku siap dibungkus, diorang bising2 je suruh aku mkn terus, kononnya nnt sejuk tak sedap..smbil senyum sinis utk-org-tak-posa...huuu,
aku wattattaw ja

cis seronok sungguh diorang gelak kat aku sbb kntoi tak posa
Setat hari tu, bos aku yg sorang lagi tau tau je aku tak posa..
huuuu, dah le, aku maluu
Masalahnye, ramai sgt yg tau...
WWWWWWWWWaaaa maluuu

Notakakiku: sebenarnya aku tak mo letak crita ni, tp takpe, bukan diorang taw pun aku ade blog. lagipun korang je yg bace, cam tak biase lak..blah laaaa

Sunday, August 30, 2009

dilema pekerja baru

nervous, sopan je tanya siapa bos, "saya nk lapor diri ni, hari pertama keje".
K, adik pegi kat tmpat eskrem, nnt abang tu akan ajar adik cemana nk buat askrem.

Adik baru lepas SPM ehk?

Aaa, tak ar. em tunggu konvo.
OOOOOoo
Beliau kemudian mengajarku cara membuat askrem berjmbul tersebut
Lama kami bersembang, baru aku tahu rupanya si "abang" ni baru 19 thn. Aku kan chomey...ohok hok
Selepas tu bicara abang dan saya antara kami terhenti.
Aku kn chomey mcm adek dorang..hok hok hok


disebabkan aku perasan adek, hmpir suma lelaki yg aku agak lg matured dr aku, ku panggil abang.
ABANG!!! eiiiyy, aku tahun sama ngan hang la
Ceh, mana aku tau, dh hang muka cam bapak orang? Hang dah kawen blom?
Eisshh, belom la
Lagipun aku bulan doblas, hang lahir bulan brapa?
Aku bulan sembilan
See, sapa muda lagi? Wekkk (misti r aku..ohok hok)
Tp lepas tu, ku malas nk ber"abang" sangat..eyy...tollonglaa
aku panggil nama je, n diorang pon OK..
Camni la cara aku dpt kawan baru di tempat keja baru.
Direct je tanya dah kawen blom..ahhha


Wktu masuk keja awal2 dulu aku tak greet sapa pun, bos ke, rkn sekerja yg tgh lap meja ke, tgh jaga kaunter. Diorang sapa aku, baru aku balas. kemudian baru aku sedar, aku terlupa etika ni.
Keesokan arinya, aku bagi salam kuat2 spy diorang dengar, dan bos tau yang aku dah masuk keja.

Dik, pakai lipstik sket, bagi nmpak cantek sket
kate sorang nyah kepadaku. tapi dia masih memperkenalkan dirinya dgn nama lelakinya
Uiiyy, lipstik dia berkilat kaw.
tapi, saya dah pakai
pi pakai lagi sekali, bagi merah lagi..
wekk, tonyoh je le, tp aku tgk cermin lagi
tak byk beza pun
tak pe arh, janji aku chomey..hok hok hokemote-eyelashing

tempat kerja aku atau tmpat buat eskrem berjmbul tersebut agak terasing dari pekerja lain.
jadi selama seminggu pun aku masih tak berapa ramai kawan.
aku merancang utk menjual topup dalam kalangan mereka
di samping mengutip nombor2 tpon mereka
er, mestila aku takkan mintak nombor diorang
diorang yg terdesak mau topup akn menyerahkan nombor diorang
dan dalam masa yg sama kami bertukar nombor tepon
Publisiti mahalan tu, sbb mereka bayar aku..ahahaha
aku dpt duit tmbahan + kawan baru lagi + aku adek pompuan diorang yg chomey...= publisiti intan berlian miahahaha

Husna, MANAGER panggil...
(HAH..apsal lak ne..)
Sapa panggil? (ye laa, manager kan ramai)
Manager la, pi la
aku tinggalkan kerja ku terus ke bilik bos, bos keluar
aku terjumpa bos bila aku nk ke tempat aku semula
erm,bos panggil saya ke?
EH, tak arh..
aik...tak ke? tapi rizal kata bos panggil..
bos senyum kambing biri biri, cam tau je aku kene tipu dek rizal
B***** punya rizal..sumpah ku dlm hati
Aku cari di lobi, tkde
kat luar, hilang, lesap tah ke mana
tau plak nak lari ye...siap aku jumpa hang nnti
Balik je kat tmpat aku, kwn len yg dengar aku dipanggil manager terus tnya kenapa..
Aku senyum x ikhlas smbil berkata..."takde pe, nmpak rizal tak?"
tak..
K, nmpak nnt gtau aku ye..
JUmpe je rizal aku berdehem, dia pusing
Aku tanya "manager mana panggil aku tadi"
jawapnya "AKU arr"
Chehhhhh...ku tumbuk2 bahunya yg berisi + cubit geram..haa amek nko...eiiyyy

tak kurang jugak beberapa org yg kerek
biasa la kite orang baru, bajet best la diorang tu
aku tak tau cemana nk selesaikan hal kekerekkan diorang ni
aku layan diorang cam aku lyn org len, diorang tak mo layan,
aku pi la tanya "abang-abang" aku tu..
aku kan ramai abang wohoho....
lama2 bila aku boleh kuasai suasana, mereka yg kerek tu pun smkin baik dgn aku..
Welcome to my life ma friend..

aku lebih suka berfikiran positif daripada penin kepala cari sbb knapa diorang cam tak suka aku
lantak korang la
Cumanya, kita kena ramah sket n jgn terlebih ramah lak
Nnt keja tak jadi..lagipun, aku kan budak u
mesti ar professional kan...ohoho


Nota kakiku: "Ssungguhnya yang baik itu dari Allah Ta'ala, dan yang tak baik itu dari kita semata-mata. Hakikatnya, semuanya dari Allah, justeru, mari kita muhasabah diri selalu ye, deh"

Sunday, August 09, 2009

I mIss 'ur gitarr cik pida...

time mosan2 ne mmg teringat nk petik je gitar
sayangnya aku da pernah try dulu gne gitar cik pyd
namun disbbkan tiada skill yg baguh, maka
hmpeh jugak melodinye
tp layan jerr

terasa cam nk beli 1 lak..

LaGi LagI H1n1

memandangkan kat umah aku takde internet..
terase jugak la kebowsanan tp hnya 2%..itupown sbb kerja
kalo tak keja..dowh....rase cam shin chan sikit2 mama n ayah

DeMaM Bia5a vs H1N1
waktu awal2 wabok ni klua tak de r aku kesah sgt
tp sejak keja ni, jmpe ramai owang
rase kene berjaga2 lak
crew len nk demam pon time gine..
ada la yg MC pasai demam
dan salah sorangnya positif H1N1........HAaaissshhh
sbb bekas misi aka nurse (ehehehe) aku mesti r prihatin pasai kesehatan ne kan
masalahnya...
aku tak le dlantik jdik occupational nurse, sbb itu jawatan manada..
Alhamdulillah..aku maseh lg sehat walpatliat...
Tp tataw r, nnt konvo kat penang yg lagi havoc penangan wabok tu (kata sumber angin)
dah r aku p dok semggu kat sana demi menjimatkan ekonomi..
Moga2 sihat berpanjangan..InsyaAllah

AMIIINN

Friday, July 31, 2009

Tips Pekerja Baru

hari pertama
lapor diri kat orang yg bertanggungjawab
sopan santun, tak kesah la kena gelak pasal skema sangat ke hape
cari kawan, ringan mulut bertanya nama, asal mane
buat keje jgn banyak cakap

hari kedua
tanya sape yg single lg
ehe
promot topup..

hari hari yg berlalu..
aku maseh lagi skema, single, comel dan kerja sementara
hewwh

yg xsepatutnya berlaku
aku terberkenalan dgn tukang cuci nepal yg cute
dan termengaku single..adeh..
pasaipa laaa dia yg tanya..

yg cnfirm berlaku
topup aku laku
tokey topup mcD
habeh kat kedai len pon aku pomot secare kecil-kecili

pengajaran
tima kcih pada org dalaman yg mndptkn keja ini kpd chek
cari le duit dgn care halalll, walopun byk strategi bule dpt dwet lebe
lagi baik aku bersikap skema dlm meniaga
cerita bab ngelat ni tak syok r
tak berkat duit yg aku mkn jadi darah daging

Tuesday, May 05, 2009

Ubat Encik K

entry terbaru mungkin bertajuk mencari kerja
tp tauk tepi dulu...


kita cerita bab perubatan dan perkara yg tak diketahui masyrakat umum especially muslim

Pecah rahsia
Actually, perkara ni bukan la rahsia sangat, cuma kalo yg tahu tu beringat, yg tak tahu tu, nasible.

doubt

Ape bende?
Ubat.. tahukah kamu kamu dan kamu orang, bahawa ada beberape ubat yg tidak halal dicocok maupun dimkn kerana buatannya dari enzim encik K (bukan name sebenar) atau pig.
Contohye bagi pesakit jantung yg mengambil suntikan rutin ubat cair darah, suntikan ubat kencing manis, beberapa minyak yg digunakan bagi pesakit yg alergik. Tapi toksah la disebutkan disini, kang kena saman lak...

Walaubagaimanapun, teknologi sekarang menggunakan haiwan lain utk menghasilkan ubatan yg satu ketika dulunya hanya menggunakan babi...iaitu insulin yg HALAL diperakui oleh JAKIM..ehe

Jadi precautionnye, adik2 yg pektikal tu, pakaila glove sbl anda cucuk ubat mereka itu. Kalo kena cecair tersebut, anda kene samak tahu.

Ditambah lak dgn virus selsema babi yg melanda dunia sekarang ini..

Pesanan saya

Sekiranya anda mengalami simptom demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, pening, menggigil dan letih lesu, dptkan rawatan segera dan semestinya jangan makan b*b*.


Friday, May 01, 2009

Selamat Hari Pekerja buat Graduan Tak Rasmi

hari ni tomok menang OIAM..

juju, fida dan sebagainya ada yg menang

ramai lagi yg menang...( sebab diorang gi Graduation Nite )

adoi..

Hari Pekerja...ramai yg cuti


jalan jem strawberi

aku pun menang..

menang merajuk...............aha


aku lmbat buat keputusan utk pergi ke Graduation Nite

sbb masalah ekonomi rumahtangga...ihihi


Just to remember my 2005/06 batch USMKK PPSK :
Award paling fofular : HAlimi n Shaleen

Award paling talkative : Chai (biomed) n Miraa

Award paling kiut miut: my fren Fida n Iqbal

Award paling nakal: Shahrul n Eleanor

Award malu2 kucing: Zul janggut n Jujulia


disebabkan aku bukan pemberita sebenar, dan juga tidak berada di tempat kejadian, maka tiada gambar yg relevan dpt ditontonkan..

how did i manage to know?? well, i have fren... eh

~ T A M M A T P E N G A J I A N ~




Monday, April 27, 2009

MEMBINA atau MERUNTUHKAN....senangkah??

http://yourwebapps.com/WebApps/db-view.cgi?id=97279;revsort=1;;subdir=8

aduss....membina betul teguran kasar itu

sebuah laman web yg ku jumpa sbb aku mncari-cari peluang utk kerja di hospital taiping..

Fuuuhhh...terasa seperti di medan perang, ku tepis, tepis, alamak ade t**k, berani baling jugak, berjaya ngelak..ku depang angin beliung sakti ala kartina, keadaan sekeliling mula ribut dan tiada lagi tembak menmbak, semua yg menyerang berterbangan ditiup angin serta petir yg sambar menyambar..nasible sape yg kene (terbawak-bawak citer X-MEN..i like Storm)

Ini la jugak ape yg aku rase dulu, tp sesame kitorang je la cerite-ceriti pun.
Sebagai setudent, yg baik jadi teladan, yg tak baik tu buang je kat lobang ******.


Sunday, April 19, 2009

Musim Bunga Terakhir

Tengahari semalam, sekembalinya kami dari gotong royong, deretan pokok2 di kiri gmbar ini berbunga dgn sangat lebatnya. MAna tahu, ditakdirkan malaikat jibril menurun kan hujan petang tersebut...di bilikku dan juga blok B am nya dilimpahi bunga-bunga kuning tersebut depan pintu bilik..

The next morning, wktu tunggu bas utk bawa kitoang ke Rumah Seri Kenangan Tmn Kemumin, kami sempat merakamkan detik "spring season"..



MInggu ini bermulalah minggu yg paling singkat, paling best, paling enjoy di kala student2 lain tgh berhempas pulas menghadapi exam especially final year~hoho..manyak jeles ma diolang sama kita

DAri penceritaan yg banyak mari kite singkatkan...
  • hari pertama; ahad jenjalan ke Rumah Seri Kenangan Tmn Kemumin
  • isnin ke PUSAKAS
  • selase; pusat serenti
  • rabu; darul aitam ~rumah anak yatim

iye, betul sekali komen cik UMI dlm entry sebelumnya itu tadi bahawasanya ; mereke itu stapak satu gmbar.. haha..sape laa mereka itu

Sungguh bererti kan jenjalan kitorang..ehe..


Saturday, April 18, 2009

Cross untuk Promosi Kesihatan

Gotong -royong ni sepahtutnya melibatkan penduduk sekeliling Beris Kubur Besar dalam radius 200meter hingga ke Klinik Kesihatan Beris. Semua kumpulan pelajar final yr terlibat kecuali geng KK Mahligai tolak seorang iaitu saya.


Katanya, utk dpt cross prmosi kesihatan...tapi saye dh dapat..knapa diserap masuk jugak???


Setelah disiasat, saye mendapati, mereka yg dahaga kasih dariku telah mmbuat pakatan utk bertemuku secara tak formal iaitu melalui program ini..cheh


LAyan je lerr...

Posted by Picasa

video

Sunday, April 12, 2009

Cogito Allah Sum ~ Allah wujud..

Antara sifat Allah yg pertama diajarkan dari sepuluh sifatNya.

Adik-adik, sesungguhnya prektikal itu tidak sama kalu nk dibandingkn dgn apa yg kita belajar di kmpus kita. (gaya Ally Iskandariah..hihi)

[Kes DM]---anyway aku tak berkesempatan lagi dressing wound pokcik ni

InsyaAllah setiap minggu pakcik tidak akan ketinggalan ke Klinik Komuniti yg paling dekat dgn rumahnya utk mendapatkan rawatan terutama sekali tang luka bernanah di kaki kanan beliau. Beliau yg (dirahsiakan namanya) mengidap DM (Diabetes Mellitus type 2) sudah lama.

Bagaimana DM boleh meyebabkan Luka yg teruk?
Diabetes Mellitus Type 2, adalah penyakit yg disebabkan oleh kurang insulin /kurang sensitifnya insulin menguraikan glikogen kpd glukos yg meyebabkan sel-sel kurang nutrien utk berfungsi. bile kurang nutrien, sel-sel akan lemah dan semakin lama akan mati. Apabila sel mati dan tak dapat berfungsi, pengaliran darah akan menjadi kurang, menyebabkan sel mati semakin membusuk dan merebak..
(kalo paham setakat ini sudah bagus..mo tahu lagi, klik web ni) tak paham lagi..amik nursing dgree..hehe


Setiap kali lukanya dbuka utk dicuci / di"dressing"kan, maka semerbaklah baunya. Sedangkan sudah tidak adapun rasa apa sakit sengal sebagainya walau ditekan kerana saraf beliau sudah mati akibat komplikasi DM .
Sebenarnya, luka itu bukanlah setakat menanah, tp siap nmpak ligamen, tendon, slough, pussy wound, smelly. Dan kaki kiri beliau pula edema, iaitu kebengkakan tidak sakit yg disebabkan oleh gangguan dalam kawalan cecair badan apabila interstitial fluid overlimit dari capillary fluid. uishh..skip je kalu tak mo tau..

Edema disebabkan oleh perubahan hemodynamic badan yg memaksa pengaliran cecair utk keluar lebih byk dari kapilari darah dan ini akan memenuh dan mengembangkan interstitial space sehingga. Ini meyebabkan bengkak yg pitting / lmbat naik selama beberapa saat setelah ditekan bhgian bengkak tersebut. Setakat ni dah faham kira ok..nak tau lagi klik sini
Perubahan hemodinamik ni sebagai contoh, tekanan darah tinggi, gula dlm darah tinggi yg menyebabkan pesakit mengalami simptom2 seperti berdebar-debar, pening, nak pitam. Sesetengah orang tak merasakan simtom kerana mereka telah adapt dgn tubuh mereka.

erm..bersyukurlah pembace sekelian memiliki kaki yg mulus itu
...

Bebudak nursing yg baru belajar pasti tak bisa memilih dirimu ...eh..termenyanyi lak..Dan takkan melupakanmmu punyalah..Alhamdulillah skill mereka teruji..baguh baguh
"Pakcik ni takmboh amputate masalahnye", kate umi nad lagi (adik student yg berpengalaman mendressing pokcik tersebut)..

Itulah akhirnya penyelesaian utk sloughy wound pada pesakit yg megidap DM.
Pokcik tersebut telah nekad utk hidup dan mati bersama kakinya yg sudah tak bernyawa itu.

Ya bila difikirkan, kaki yg merupakan nikmat ciptaan Tuhan yg tak terhingga itu, aku pun tak mau mencabutnnya dari hidupku. Bayangan utk hidup tanpa kaki aku rasa mmg agak selesa nmun tak lengkap, dan hidup dgn kaki yg mati, lagi menyusahkan org lain terutama adk student misi yg posting di klinik tersebut, namun "ambo puas ati" (kato pokcik tersebut).
Ini bukan mknenye tak ikhlas buat kerja, tp mtlamat profesional kesihatan adalah utk menjaga kesihatan masyarakat, komuniti sekeliling, memastikan semua org hidup dgn keadaan yg sihat dan tak menyusahkan org lain serta diri sendiri. Kan lebih bahagia di dunia dan insyaAllah d akhirat jua..Well, bahagia itu interpretasi yg subjektif, mungkin dia bahagia begitu.. terpulanglahh

NAh..."Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" Surah Ar Rahman

[ini bukan Zero Effect semata-mata].. Takdok kaki, bermakna ka superbike ini??



Sunday, April 05, 2009

Therrrrrrrrrmometterrr!!!!!!!

praiing...the last thermometer broke


(ADIIIKKKKKK...PANG...hamik ko penampo.........senyap seketika...........berani ko baling termometer..punya susah aku carik ko to tak...eiiiyyyhh) realitinya, aku bersabar je..


breath in breath out..hhhh..Aku beristighfar...YA TUHAN, kuatkan la diriku
Hmpir je aku nk jadi ogre.. (GGrraaaaahh)




Once upon a time in a small and dhaif punya klinik kesihatan in a remote area of kelantan named Mahligai...
yes please enter..take your number please (people lined up)

another scene

student calling: antie rokiah..baby of a rokiah

yes yes come here, we'll weigh the baby so please take off all the clothes........and the pampers

yes please..

(suasana kelate yg diadaptasi)

another station

bapo lamo dah demam kak?

haa..3 ari doh deme..hidung berair, batuk skit la

ada kahak?

tak dok..ia batuk kering jah...


the 1 year old boy sit on his mother...look glum and scary...wuoo(tak cooperate jak budak ni gayanya)

so since the boy had fever, we had to check the body temperature..


thermometer..termometer..not around here..must be somewhere..(monolog)


kak tunggu deh..saya cari termometer smeta


akak staff nurse>tadok dik, cari kat sana ...attendant> tak jupo....JM>tgk dale pensel box..tak dok.... PHN..nah amik yg ni..ffuhh Alhamdulillah..

TAPI....

Termometer yg satu satunya diberi oleh Public Health Nurse (PHN), ketua nurse di klinik itu dah pecah bukan jugak disebabkan budak yg cemey tu, tp jugak disebabkan aku yg masih tak skill memujuk kanak2 chemey... (huh)

Aku meminta maaf sesangat-sangat kt PHN jugak mak budak..serta nurse2 lain yg berada di tempat kejadian...
Ku sapu baki kaca termometer serta raksa merkuri ..bimbang plak nnt dimutated ke mana2 baby..jadi baby XMEN lak..

Late that day, beberapa student bersama sister keluar kejap beli termometer utk semua staffnurse kat situ..termometer plastik yg gerenti tak pecah punyak ah..lainla kalo Magneto yg jadi patient..


Pecah rekod utk minggu pertama di sebuah klinik kesihatan, student buat jamuan utk meminta kerjasama akak2 setaf nurse dan jugak memohon maaf atas byk kesilapan dan kesusahan yg kami bawak bersama..

Friday, March 27, 2009

KOMENICHI~ komuniti la

makan laksa the last day
Aktiviti sambilan ketika patient takdok, menampal stiker ubat
Ada ketikanya blackout..aha lagi tak dok kijo
Pembungkusan ubat...
~den takde dlm gmba ne, gmba tido ade ar~

erm, best gak rasanya sekala kito kluaq USM (remix utaraklate) Kali ni, kami menjelajah dekat-dekat je ke klinik kesihatan di kelantan ini..yg jauhnya tak berapa melebihi 25 km
Maksudnya: tak berapa buleh la nk claim elaun JPA..mm

Y did I mention tak berapa melebihi 25km? Sbb paling jauhpun stakat ne 26 km jek..mm

Ada 4 group student yg akan dipostingkan ke 4 Klinik Kesihatan
1 KK BAchok << fida di sini
2 KK Beris <<dayen di sini
3 KK Maligai << kteorg la
4 KK Gunong <<<willbe jenet

Bersama tambahan member baru 3 org, rasa meriah sket, dtmbah pakcik drebar van sbg pelakon tmbahan yg beh jugak sister yg supporting.

Tak byk kejadian yg tak pelik kat sini..tp kami tempuhi dgn kerjasama semua..SABAR jelah
sepatutnya blog ini bertemakan story2 bermklumat pasal nursing..tp akhirakhir ni, lari tajuk la..
(gapo-gapolah ye)
mempertaruhkan tgn utk mntapkan kemahiran "suck blood" yg digeruni kanak2
berani ...cubalah, dak nursing saja ek

Tuesday, March 03, 2009

POLIS..huuh

Susuk tubuh seorang lelaki, tegap, beruniform polis, megah dan bergayanya melangkah masuk ke Wad Kanak-Kanak, perlahan-lahan sambil matanya mencari-cari wajah sesiapa yang familiar.

Atas beberapa sebab pagi itu, Koperal ini ditugaskan ke wad ini untuk mencari bukti-bukti yg boleh menyokong, memberi idea dan modal berkenaan kes jenayah disyaki penderaan kanak-kanak yang heboh di akhbar kerana kemisterian serta ketaklogikannya.

Koperal berseragam biru gelap itu berhenti di katil seorang kanak-kanak perempuan yg tidak bertagnama di katilnya. Dia mendekati dan bertanya beberapa soalan kepada budak 8 tahun yang lesu di sampingnya kepalanya ada plastik kuning biohazard yg didekatkan supaya senang untuknya muntah. Budak itu menjawab apa yg dia tahu sahaja, begitu juga penjaganya.

Kelihatan wad itu agak sibuk pada pagi itu kerana tiada siapa yang menghiraukan seorang Koperal yang masuk ke daerah asing itu. Koperal itu memerhatikan mangsa utk menyelesaikan masalahnya, lalu dia menghampiri seorang gadis jururawat yang naif, dan bertanyakan keadaan pesakit tersebut, iaitu budak perempuan yg berumur 8 tahun itu.
Koperal: Cik, macamana keadaan pesakit katil 87(bukan katil sebenar)? Saya nak laporkan pada bos saya ni.

Gadis jururawat itu: Erm, saya tak jaga pesakit tu, tapi, kejap ye saya inform Staff Nurse incharge. (ketahuilah incik sebenarnya saya tak grad lagi dan ramai lagi staff nurse baju kuning, bakpo tanya saya..eiii)


Staff nurse lain hanya memandang, memikirkan mereka yg tak incharge patient tersebut mereka memang tak berani ambik tau, jadi gadis jururawat itulah yg mencari gerangan staff nurse yg incharge pesakit yg menjadi sasaran polis tadi. Sebelum itu, gadis tersebut telahpun meminta sahabatnya yg incharge di situ utk menjawab soalan polis terbabit, namun kawannya itu seperti hilang arah mencari staff nurse yg dikehendaki itu.

AKHIRNYA KEBENARAN TERBIT JUA

Sebagai seorang student, apa jua yg dibincangkan oleh senior nurse, dokter, pelakon tambahan serta kru-kru yg terlibat sentiasa menjadi alert focus.

Koperal: Ehm, macamana keadaan pesakit tu, ni saya nk balik ni repot kat boss saya..

Staffnurse: (cuak) Pesakit itu, bla bla bla bla... tadi dokter tgk, bla bla bla, lmbat lagi boleh kluar, sbb nak bla bla bla. Boleh saya tau sebab apa?

Koperal: Ohh, Ini saya datang sbb melawat anak staff, jadi nak pastikan keadaan anak dia la. Kalau gitu, terima kasih deh..


Koperal itu berlalu pergi.

Dalam kotak fikiran gadis jururawat itu, dari apa yg dijangkanya...

Semuanya salah ummm

  • child abuse lagi ke...ish ish.. kes polis lagi
  • nak cari bukti pasal kes semalam kot yg kluar metro tuh

Hipotesis dibuktikan salah semuanya sekali. (moga-moga ending thesisku bukan begini..AMIN)

Tp, kalo tak curi dengar, lagi bohong dan tipu cerita ini.. {yg dihighlightkan oren itu hanya rekaan dan hipotesis awal}

Jgn kutuk yg bukan bukan, bapakku polis tau..

Sunday, February 15, 2009

Keadaan KAMU dan DIA ketika Case Presentation

Memang respon atau tindakbalas kita mencerminkan sikap terutama bila berhadapan dgn lecturer nursing khususnya. Di sini, dah pasti korang akan faham sikap pelajar degree nursing yg tah ape ape tah yang mana korang pasti jugak akan jadik cenggini kalo korangla budak nursing itu.

Siapakah KAMU? Budak nursing
Siapakah DIA? Clinical Instructor (CI)

KEADAAN KAMU
1. Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap

Tindakan ini membayangkan yang kamu tengah merekacipta ayat apa yg sesuai dgn keadaan pesakit yg dipresentkan, tak pasti sebenarnya sakit itu ada ke tak, ragu-ragu, serta tak yakin dengan perkara yang kamu cakapkan.
Common technique: Diorang akan buat-buat cover seperti, nak terbersin, nak terbatuk, nak lap ingus, kaver ngan pen, buku nota kecik...dan macam2 lagi bagi yg pakar.
2. Berpeluk tubuh ketika bercakap
Orang ini yakin dgn presentationnya dan berasa konfem presentationnya akan berjalan smooth. Tak pun, dia leh control macho kalo pun tersalah langkah. DIA orang pun akan tak de idea nak carik kelemahan kamu.
3. Mata tidak memberi tumpuan atau merayap rata.

Menunjukkan kamu tengah berusaha nak meng"ayat" lecturer dgn ayat saintifik atau medical term yang korang hantam, tapi tak kena. Time ni, memang nmpak kekantoian korang kalo korang tak berusaha cepat utk tanya org lain spt HO, staff nurse atau medical student yg hensem..
4. Mata dan dahi berkerut-kerut
Tandanya, kes yg dipresentkan itu telah di-study-bagai-nak-rak, tetapi waktu present tuh, kamu terpikir "Adakah betul semua ini?", kemudian kamu pasti nak terkata camni, "Jap eh puan, saya nk fikir jap, tapi saya rasa.....", pada waktu itu, ape yg korang rasa tuh memang la salah. hoho
5. Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Pada waktu ini, tidak buleh disalahkan kipas, mahupun attendan yg tgh sapu smpah kalau buku nota yg kamu catat segala benda kes kamu itu, hilang. Present je la dgn apa yg ada di kepala ditambah aktiviti tikam-menikam dalam kepala kamu serta kepakaran kamu mengcover kelemahan kamu. Memang kantoi abeh nih. Rasanya, ramai yg ada pengalaman nehh... Gerak laku ini tandanya kamu pendusta. Kata-kata kamu tidak boleh dipercayai.
6. Memandang tepat ke mata
Ini menunjukkan kamu amat berminat untuk present kes ini dan telah bersiapsedia untuk jawab sebarang kemusykilannya. Orang ini memang telah berusaha bersungguh-sungguh dan mengharapkan keputusan yg tidak mengecewakannya. Kamu seorang yang tidak dapat terima kegagalan kamu.
7. Memandang tidak pada mata (tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher) sewaktu present kes.
Ini bermakna kamu seorang pemalu, dan berasa tidak selesa semasa present kes. Ketika ini, kamu sebenarnya telah bersedia namun tidak cukup kuat utk menjawab sebarang soalan dari dia.
8. Bersandar ke belakang
Kamu tidak kisah, serta ini menunjukkan kamu kurang hormat kepada dia. Kamu sudah bosan, dan menyampah gila nak melayan soalan dia. Berani kamuu...
9. Pusing-pusing badan ke kiri dan ke kanan sewaktu presentation
Huh..tak serius sungguh kamu. Kamu resah dan bimbang dia akan gertak kamu, tapi kamu sembunyikan keresahan kamu dgn cara begitu utk menenangkan kekagetan kamu.
10. Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas

Kamu sebenarnya tak pasti yg kamu dh jahit belum getah seluar kamu, tapi kamu rasa utk nmpak lebih bersedia dgn serangan dia, kamu tak kesah cekak pinggang time presentation. Cyeh.. Kamu yg biasanya begini selalunya mempunyai objektif jelas semasa presentation. Kamu juga didorong tinggi oleh hasrat untuk mempresentkan kes yg bagus dan memuaskan

KEADAAN DIA
1. Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap

Tindakan ini menunjukkan, dia bosan dgn presentation kamu dan menganggap presentation kamu memang tak adventerous dan koman.

2. Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia melihatkan satu sikap yang defensif yang tak akan terima apa-apa yang kamu pertahankan walaupun betul. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia takmo mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kamu. Dia memang berbeza pendapat dgn kamu, namun boleh jadi dia serba salah tapi akhirnya dia suruh kamu tengok buku dan present esok kat kamu, atau tanya student yg dia dah berbulu memilihnya
3. Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap rata
Ini menunjukkan yang dia memang tak minat dengan presentation kamu. Kalau kamu baru kenal dengannya, maka memangla kamu tak menarik langsong pada mata kasarnya.
4. Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia fokus dengan presentation kamu tapi tak berapa nak dgn percaya apa yang kamu presentkan padanya. Sesapa yg present tuh mesti dah nak terkantoi...
5. Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Dia memang tahu yang kamu tak prepare sebelum nak present dan kamu lagi sikit nak kena cubit dgn dia kalo kamu berada dekat dengannya
6. Memandang tepat ke mata sewaktu bercakap
Ini menunjukkan dia faham dengan presentation kamu, dan isi percakapan kamu betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk mengambil kamu sebagai anak angkat.

7. Memandang tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher) sewaktu bercakap
Ini bermakna dia nmpak kamu lagi comey drpada dia dan dia rasa malu dgn kamu, ATAU dia berasa seperti nak pitam dengan presentation kamu yg ntapahantam. Sebagai seorang CI, mustahil sangatla kalo dia malu dgn kamu, lainla kamu memang terer daripada dia..

8. Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia mungkin bosan, menyampah dan memandang rendah diri kamu. Dia dah malas nak menyerang kamu disebabkan anak dalam kandungannya yang semakin membesar dan meragam. Dia akan senyap dan melihat presentation kamu dgn bersahaja, keputusan dapat dilihat drpd mimik muka dia samada atau atau .
9. Pusing-pusing badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kamu present kes padanya
Ini menunjukkan dia ragu-ragu dan tak dapat fokus dgn presentation kamu. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang kerana rasa nak marah sangat sebab kamu tertinggal beberapa bab penting dalam presentation.

10. Mencekak pinggang dan menarik-narik kainnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia (habehla kamu kalo dia mula bukak langkah..) dan mempunyai sebab tujuan yang jelas semasa mendengar presentaion kamu. Dia akan jadi seperti 9 yg agresif gila, kalau standard presentation kamu tidak mencapai apa yang dia harapkan.
diolah dari

Friday, February 13, 2009

BOSAN SUNGGUH KAMU....

Posting Obstetrik & Gynaaecology (O&G) selain terlibat dgn penjagaan ibu sebelum bersalin, nak bersalin dan sesudah bersalin serta sakit puan yg lain, byk cerita ceriti yg rise n fall tanpa bosan menjadi buah mulut.

Satu perkara yg ingin diboldkan adalah kerilexan bergelumangan darah. Takde apa yg nk dikisahkan pasal darah tu sekarang, yg penting, ibu n baby selamat dan bagi mereka yg bloodpanic - HOPE still standing..wuhuuu..

Seorang dokter yg kerek tp bosan, satu ari menegur salah seorang kawanku di bilik bersalin. Agaknya rimas bekerja dgn student spt kitorang, dia menyamatarafkan kami dgn ejen digi "I will follow u"... Sape la yg nk follow dokter kerek cam ko..huh..bosan tol HO yg sorang neh.
(HO atau houseman, dokter siswazah yg baru grad dan baru stat keje di spital)
Setakat ini, selain dari gathering kat bilik dayen, yg tinggal di bilik aku hanyala....


Disebabkan aku offline skype, bila aku ON kejap, terpacul la beberapa skype chat yg bohsan dari beberapa org yg bohsan sbb kene study utk posting di wad gynae.. wad sakit puan ala ala wad medikal keje nya..huhuu..

echa abas mood status: severe moodless stage 4, eye metastasis
echa abas wrote : (one by one) h s u n a k o k t b u h s a n k e ?

severe moodles stage 4 kira teruks la tahap tak de mood dia tuh, ditambah plak dengan eye metastasis tu mata pun dah berjangkit tahap takde mood.
eja nama aku pun tunggang tebalik...

ku tinggalkan tanpa respon (hawhaw..maleh den nk layan demo)
Rasakan..sebelum ni aku, skrg korang lak..ngehehehe



Tuesday, January 27, 2009

Hari Cuti CNY hari ke 2 ~ Cuti Di SINI ~




Dialect music

Semalam seharian jln2 ke Rantau Panjang, jd hari ni sy teruskan dgn niat sebenar bercuti di hostel iaitu meng"collect data" di wad-wad berkenaan dgnnya.

Kalo nk layan lagu Pencinta Wanita versi Kelate, sila klik situ. Saya tak reti nk embedkan beliau.

Sejurus habeh, meng"collect data", niat hati utk setadi di library, tp tutup sebab cuti CNY masuk hari ke-2. Sebenarnya, bukanla merajuk dgn ABG yg kedekut tu....
Notis yg ditinggalkan tu dengan "CAPS LOCK"nya berkata sebegini:

"TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN MESIN ABG DI WAD 2 DELIMA KECUALI DENGAN KEBENARAN STAF/PEMBANTU MAKMAL 2 DELIMA. INI ADALAH KERANA BAGI MENGELAKKAN MASIN ABG ROSAK.

HARAP MAKLUM"
emote-wuek
Dah ler salah eja, kedekut lak tu..Tp memang mesin abg ni selalu rosak. Memang wajar sekali tindakan abg itu..

Sebenarnya....
Mesin ABG (Arterial Blood Gas) tu mesin utk analisis kandungan gas dlm darah.. Darah dari arteri diambil sebanyak 1mL dah cukup utk menilai status pernafasan dan hemodinamik badan. Mesin tu mmg timbulkan masalah kalo teknik menggunakan syringe utk ambil darah tak betul.. Jadi, notis ni ditampal sebagai peringatan di tmpat menunggu dlm wad yg saya meng"collect data" tadi.

Seterusnya, perjalanan ke library yg agak adventerous pd hari ni sbb jln utama ditutup.. kenala ikut jalan rahsia..ala-ala Harry Potter..

Tapi, kalau ku tahu library cuti jugak, takku begitu merajinkan diri pusing satu kmpus.. Nk gi library pun dh dikira satu kmpus dekat la 1km kot dari blok ku itu.

Jadi dlm perjalanan sejauh hmpir 1km darab 2 ke blok B, saya ditangkap gmbar... ehh ..bukan gmbar ditangkap oleh saya ..(capturing: aku yg capture gmbar la)

emote-segan

Sunday, January 25, 2009

InsyaAllah, Pak cik OK...

Ehm... cuma teringat satu kisah hari-hari terakhir di medical wad..
Bila imbas kembali, medical wad adalah antara wad yg sebokz memanjang..especially bila jaga patient yg ada PD (peritoneal dialysis).

Penyakitnya?? hmm...tak usah katala, hujung belakang tu kebanyakannya mmg isolation area utk HIV, TB, denggi, bla bla bla.. So hati-hati bila melangkah ke area wad yg hujung.. adala kisah tersendiri yg mesti dijauhi manusia sehat..

Budak2 nurse ni, lagila.. time prktikal sinila diorang mendapat imunisasi ke2, iaitu demam, selsema, batuk kadang smpai seminggu pun xbaik lagi..
Memang penatla keje kat wad tu, tmbah dgn staff nurse yg kdg ok, kdg angin, ade yg laserz, ade yg kaki buli... apapun, student kena la berhadapan dgn semua tu, nk belajar kan, nnti nk keja, ntah gena la cabarennya..

Ekceli, minggu lepas jupe ngan akak staf nurse 7S, yg poyo tp comel cam aku, macho tp lmbut cam aku, tp dia pakai spek dan jugak berjam tgn Baby G yg besau tuh.. kira comel n cool aku lagi laa..(haha). Hmm..tak sangka dulu time dia bebel2, kat aku sebenarnya dia tak macam tu pun, aku je pikir negatif. Disebabkan dia registered nurse bukan cam kitorang yg tak qualified lagi ni, dia meme pengarah jugak la.... lebih kurang citer dulu tu kat 2D

Satu hari dia mengarahkan aku memasang kardiak monitor (elektrod yg dipasang pada dada utk lihat denyutan jntung) kepada seorang pakcik yg ada sakit jntung. Ini adalah precaution supaya sebarang serangan jantung dapat dielakkan seawal mungkin. tapi, di ketika itu, aku berhasrat amik rehat jap, sbb perut sudah bergendang-gndut tak tertahan ni..

SN-yg-comel-cam-aku-tuh: Adik, ko (bukan nk panggil awak ke, kamu), pasang kardiak monitor kat pakcik bed 21 eh, pas ni..

time tu aku baru abis amik vital sign suma patient, tgh mendokumen la ne..

AKU: (sebagai student nurse yg baik ati) Baiklarr..tp lepas sy mkn leh tak?
SN-yg-comel-cam-aku-tuh: Ko wat sekarang la, nnt ko gi mkn..lmbat lak
AKU: YEla yela..

Haku pun pegi menolak kardiak monitor tersebut ke pakcik yg tmpak uzur, tak pakai baju nmpakla kurus keringnya. Aku pasti, bed 21 tu pakcik ni. Dan adalah pulak tanda garis2 di dadanya ditanda dgn marker pen biru lak tuh.. Yiissshh.... dokter mana tah buat kat pakcik camni (bengang ku dlm ati)
Tanpa melihat ke nombor katil, dgn gaya seorang misi yg baik ati, aku hmpiri pakcik tersebut.

AKU: Salam pakcik, tanda apa kat dada pakcik ni?
PAKCIK: tak tahulaa misi...
AKU: hmm takpe ye pakcik. Ni, sy nk pasang kardiak monitor kat pakcik utk tgk denyutan jntung pakcik ye..dah ok nnt baru boleh bukak..ye, pakcik..
PAKCIK: buatla misi
alahaii..lemahnye suara pakcik..sabar ye pakcik

Sudah pasang aku pun kembali mendokumen / menchart semula..Kali ni, aku duduk di kerusi belakang SN lelaki yg besar bdnnya..tersmbunyi aku di sebaliknya.

beberapa ketika kemudian......
HHHHHeeyyy...sapo pasë kardiak monitor kat bed 20 nuuuu..Hok kena pasë bed 21 bukë 20, sapo pasë takdi??

Seorang staff nurse kelatë yg gmpal sikit tanya pada SN-yg-comel-cam-aku-tuh, dia berpaling melihat ke patient yg terpasang kardiak monitor itu..balik semula ke kaunter mencari budak yg disuruhnya tadi.

SN-yg-comel-cam-aku-tuh: Husna mana? dia dah kluar ke?
STUDENT LAIN: eh, ntah..tak kluar lagi rasanya..
AKU nyorok buat2 tak dengar,
SAPA TAH: tuuu..ha blkang SN lelaki tuh..

SN-yg-comel-cam-aku-tuh: Weyh, ko pegi tukar balik. Org kata bed 21 bukan bed 20
AKU: Eh..iyelah tu..betulla sy letak bed 21..
SN-yg-comel-cam-aku-tuh: Mane??? ko tengok seniri

Haku pun jln, dr jauh aku baru sedar rupanya aku salah katil..Aku yakin gila time pasang tu, mmg patient bed 21, aduhaii...salah katil (control macho, control..rilekla)



aku tak pandang belakang lagi
aku tau diorang suma tgh
tengok aku
aku dpt rasakan aura diperhatikan oleh begitu ramai SN
(well,
rilekla..nk tuka bukan susah pown)


AKU: ehmm..pakcik, kita bukak la ye..
PENJAGA PAKCIK aka MAKCIK: Misi, ok ke, pokcik ni?
AKU: ok makcik, jgn risau, skrg dh takyah pasang bende ni lagik (gilak cover line)
InsyaAllah pakcik selamat..


PAKCIK pun menganggguk-angguk tnda terima kasih..

MAKCIK: Timo kasih deh, misi
AKU: (dgn profesionalnya) Sama2 la makcik.. (senyum..di samping control macho dan coverline)

Aku menolak kardiak monitor ke pakcik katil yg sepatutnya iaitu di sebelah pakcik yg uzur tadi.
Dialognya, sama time aku pasang kat pakcik tadi tuh..
aduhaii...

emote - huhu

Friday, January 16, 2009

Apakah yg akan terjadi andai dunia ini cerminan?

Teringat waktu sekolah menengah dulu, belajar sastera BM, cerita Annys Sophilea yg imaginatif, di mana akhir sekali kedua-dua hero yg merebutnya mati akibat berbunuhan. Namun di dunia khayalan itu, apabila pertumpahan darah berlaku, maka yg membunuh akan serta merta terbunuh juga..macam dunia cerminan.

Fikir kembali, andainya dunia kita dunia cermin, apakah yg pasti akan terjadi pada Israel ketika ini?
Israel dan Palestin akan seri, rakyat Palestin yg terbunuh pasti rakyat Israel menanggung sengsara juga. Pasti Israel tidak akan sedegil ini. Amerika akan menjadi negara yg biasa biasa sahaja.

Tapi, itu cuma pemikiran yg selintas lalu. Realitinya berbeza. Tp, ciptaan Tuhan pasti ada hikmah tersembunyi. Andainya Palestin itu tetap akan diserang jika tidak secara peperangan sekalipun, iblis laknatullah alaih, pasti memberi jalan lain.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Jadi, apa reaksi umat Islam sekeliling? Doa, solat hajat, kempen boikot..adakah semua buat? Macamana di tmpat lain? perumahan kamu? Anak-anak muda? di cyber cafe games?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


klik sini utk lihat dan print terus barangan utk diboikot (pdf format)

Monday, January 12, 2009

Tinggalkan AKU..

Kau yang mau

Aku tak ada lagi

Di dalam hidupmu karena kau t’lah bosan


Kau yang bilang

Kini kau t’lah berubah

Tak ada yang bisa kau harapkan lagi

Uuuhhh… ku kira waktu yang kan menang

Kusalah

Uuuhhh… pergilah bila kau inginkan pergi


Tinggalkan aku, tinggalkan aku

Jangan pikirkan teruslah melangkah

Aku tak penting untuk dirimu

Carilah, cari bahagiamu itu


Ku t’lah pasrah

Dengan keputusanmu

Percuma semua dipaksakan



Free Download MP3


Tinggalkan Aku - Irwansyah

Kebelakangan ni, aku selalu ditinggalkan.

Sedihnye. Rasa berseorangan je, walaupun ramai.