I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 23, 2009

Assalaamualaikum Cikgu.....HUSNA

Pekabar murid-murid sume, hari ni saya cikgu bahasa melayu kamu yg baru.
Nama cikgu HUSNA.

perhh..aku tak caya smpai sekarang yg aku jadik cikgu..

FLASHBACK...<<<<
setelah dilema perli memerli, tawaran kerja yg delicious, aku mohon petunjuk darinya dalam bulan ramadhan yg mulia ini

setelah berenti keje pada hari khamis, makanya hari jumaat free dan hari sabtu akan kerja di secret recipe dan isnin akan test JPJ utk motor.

namun, pada tengahari jumaat yg cuti dgn indah itu, tetibe, paksu ku menalipon.

Ktenye : NA, hari isnin nnt bawak suma sijil degree, kite pi Jab. Pendidikan Daerah. Ari tu cakap ngan paksu nak jadi cikgu ganti kan?
A a...aku : A..aaa.. ah ye lah..Er, tapi paksu, ari isnin ni ade test jpj.
Beliau : ha..lepas test kite pi la
aku: ok

Aish..rase cm mimpi je..Alhamdulillah, ini lagi better dari mcD maupun secret recipe.
Terime je la

perhh, kalo la camni je aku terime pinangan orang..uiyy, tattawlaa..

SO, here I Am...
Guru GAnti Di Sekolah Teknik Kamunting...

Wednesday, September 09, 2009

I'll Miss THem ALL...~~ Ingatlah Diriku

Chandra & Sheila Majid

sejujurnya diriku
tak ingin kehilanganmu
aku masih sayang padamu
namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
cukup sampai di sini
hingga kini bersama lagi

ingatlah diriku
yang pernah
ada disampingmu
ada di waktumu
ada di hatimu

ku ingat dirimu
yang pernah
hadir di hatiku
temani waktuku
temani hatiku

sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
aku sangat sayang padamu
namun entah mengapa
perpisahan ini menjemputku
semoga kita bersama lagi

sejujurnya diriku mo tampal lirik ni kat notice board crew
tp aku rasa malu
namun bila aku pergi
biarlah
macam tak jumpa lak
sebelah bangunan jew..ooowwhh

notakakiku: Mintak mahaf ya, itu lilik adha penambahan sikik ya (tiru cakap cam shirly ..)

Tuesday, September 08, 2009

Secret la Weiii

Sejak kedatangan pekerja baru, dari desert center aku berpindah ke kiosk. Erm, rasa gak nk bwk bantai n tilam ke sana, tmbah bulan posa yg tak ramai orang + ngantuk + takPosa, adeh...

Pada suatu pagi yg tenang, seorang cina bersama aweknya membeli satu eskrem, dia kemudian bertanya
Awak berminat tak kerja di Secret Recipe?
HAAA..waaa
Erm, err boleh jugak
Bermulalah sesi dialog yg boleh la jugak ditayangkan di tv1 utk pekerja contoh sehingga dilamar orang untuk kerja di kedainya.
Mataku bersinar-sinar ala honey senpai (Ouran HIgh School),
honey senpai Pictures, Images and Photossecret recipe tuuuuuuuuuuuuuuuuu..

AKu bakal naik pangkat secara peribadi dari sorang eskrem girl kpd cheesecake girl.
Pas ni chef kowt..ohohooo..
BAgai durian runtuh, bagai bulan jatuh ke riba, bagai orang posa di suapkan nasi beriani gam + ayam masak merah dan seumpamanya lah..

Masalahnya, kedai aku dan kedai secret tu tak lebih 1 kilometer dgn berjalan kaki.
Pemisahnya adalah jalan dan tempat parking keta kerana meraka berada dalam bangunan berlainan
Aku tak mo dikatakan membelot, atau menghampakan perasaan manager sbb berenti keja dgn keja dalam satu bidang cuma manager yg berbeza.


Well, ape da jd dgn fikiran positif aku..mungkin sbb aku dtg bulan..huh..hmpeh
aku takde rekod buruk pun kat kedai eskrem aku, tp tak semena-mena aku stop.

Ini lebih kurang macam aku dah de boyfren then aku mintak putus ngan dia sbb bakal gewe aku ni lagi bagus. Materialipstix tol ..

Aku telah bagitau "boyfren" aku bhw aku mo putus dan pergi.
Tnpa bertanya ke mana ku kan pergi, dia agak kecewa tapi cam redha je. Biarla dia tak tanya. AKu tak dpt agak apa reaksi dia kalo dia tau aku jatuh cinta pada jiran lorong belakang rumahnya atau bahase inggerisnya backstreet boys..ahah.
Lebih kurang camtu ar analoginya..

Setakat ni, sorang je kawan aku tau aku akan curang, dan aku mintak dia secret kan segalanya. Biarla pekerja len tahu yang aku dapat keje lain, jnji bukan keja dekat2 diorang.

Tunggula aku mengharungi harinya ya. Aku akan buat komik dan publish dalam GEMPAK edisi spesial.....(aha, berangan)

Sunday, September 06, 2009

Pertama ramadhan ini

Pertama kali aku bukak posa kat tmpat keje pada 1 ramadhan
taktau la cemana 1 syawal nnt..wuhuhuhu
anyway, takpe pun, sbb mak n abah sentiasa disisi
InsyaAllah i will be ok, as they blessed me, then Allah will always bless me

Sehari sebelum puasa di Perak adalah hari kerja terakhir atau jumaat tapi suasananya hari tu cam hari cuti.
Apsal ramai sangat owang beli eskrem hari ni niarhh?
Sbb esok nk pose ... kut
Aih, jauhnye kut nko
Agakla..

em, tp rasional gak pendapat suara yg menjawabku itu
keesokannya, aku jaga petang sampai mlm, so aku bukak posa di bilik crew.
tp customer hari ni ramai jugak, tak surut2
tak pe la, hari cuti kan..

Sesudah aku melepasi hari sabtu dan ahad, pada hari isnin aku bekerja dgn harapan customer tak ramai..tak la penat sgt pose ini
jangkaan ku meleset tersepit.. hari bekeje pun ramai gak
apsal diorang ni....
ye betul bulan pose org islam pose, tp yg bukan islam tu bkn main galak lagi beli eskrem, takkan la sbb aku chomey..eshh astaghfirullah hal adzim, yg baik itu dari Allah Ta'ala.

selidik punya selidik
Ya, memang "tempurung itu katak ada dalam" la ini awek
itu CUTI SEKOLAH la ngong...
LLERRR......dah namenye keje mane aku tau budak2 ne cuti sekolah, lainla aku yang g sekolah
memang tempurung betui

PAbila, cuti sekolah telah habis, the expectation is true within 95% confident interval..amek ko
Mksudnye : Customer telah tidak meramaikan diri...huhu
adela sikit2 anak2 kecik diorang nak eskrem, yg non-muslim tu cam biasala, jilat-jilat depan aku, aku belakangkan je mereka
YA ALLAH, Kau kuatkanlah iman ku..Amiinn.
dua tiga budak lelaki yg tak seberapa tahan melihat jmbul eskrem tersebut mengacah-acah nk beli eskrem..
aku cuma senyum dan berpaling..biasalaaa
aku kn comey, sesuaila jual eskrem

Namun, jenis yg tak posa saman, memang menguji iman aku betol
Pada hari aku jual aeskrem di kiosk yg bersebelahan panggung wayang,
manakala di tingkat atasnya merupakan amusement park,
tempat budak2 melepak n hangout
ada sorang yg berani berani alang nak beli aeskrem, muka melayu
aku tanya dgn nada marah "posa tak ni?"
Posa kak, ni untuk kawan saya..(mmg muslim la ni)
aku saja melmbatkan order supaya budak tu sedar yg aku tak mo jual kat dia, tapi, sbb ade customer lineup, aku pun buatla
dalam palaku mau je aku tonyoh kepala dia ngan eskrem ni
aku amek duit dan dia terus berlalu tanpa-eskrem-tersebut tertonyoh-ke-kepalanya. eeeee geramnyaaaaa

Sejak daripada hari tu, aku serius je dgn budak2 yg ngelat ni. Aku geleng kepala dgn muke geram, diorang akan terus je blah.
Aku takmo subahat, rugi je aku pose...

PAda hari-hari x ramai customer, masa kerja ku banyak melanguwt.
Melihat kiri kanan, jauh dan dekat tanpa menggerakkan kepala dengan dagu bertongkatkan siku.
"HHHAAAh, melangut melangut. kerja tak jalan!!!!!!"
sampuk bos sengaja membuatku tersampuk
cepat2 aku lap2 tray, meja2 walopun da bersih
Hilang je bos dari pandangan, aku sambung melangut
haih....mamat tu senyum padaku, aku membalas senyumannya
heeee, hensem gak heee...hAIss...astaghfirullah aku posa ni..
babak berbalas senyuman berterusan hingga minggu ke2.

Sejak Gintell wat promosi dpn kedai eskrem aku ni, mamat tu selalu curi pandang kat aku..(hoho, perasan)
sbb dia promoter Gintell tersebutla
Lama-lama aku bosan dgn isyarat yg constant ni
Maka, pada satu ari, ketika kami berselisih, aku meng"HAI" padanya,
dia masih lagi dgn senyumannya
Tapi, beberapa minit selepas itu
dia datang dan mngusik aku
"kalau saya nak beli chocotop, awak nak bagi tak?"
dgn senyum manis anak dara, aku kata "mesti laaaa ..tak, kan pose"
"Kalo takpose awak bagi tak?"
aku angguk dan senyum.. dia ketawa dan blah
aku paling ke belakang...eee sukenyeeeee
emote-drool
HUMBOI..mkin menjadi lak bulan pose ni ye)
tp, semuanya tu berhenti takat tu je.
Sbb aku tau, kalo aku buka langkah baru dia mengorak
bek takyah..kalo nak mai terus
kalo men2 takpe la..
aku carik yg len ohoho

Pada hari pertama jaga kiosk, mamat nepal yg cute yang selalu tanya "Dah mkn?" telah betukar term "Posa ka?"
Aku mengangguk, kali ni aku dah malas nk layan ko,
Aku bercakap dengannya bila aku mo pinjam mop dia utk mengemop tempat aku.
Dia pon paham yg aku posa, so he just leave it
satu hari dia beli eskrem kat aku, aku buat dan dia mkn sebelah kiosk aku.
aku bagi tisu dan aku sroh dia makan jauh2
tapi, mamat nepal ni lmbat pickup plak dah
"haa. apa?? (geleng-geleng atas bawah)...OWwh, sori ya aka"
aku mengangguk dan senyum, lalu dia belah smbil meminta maaf lagi dlm bahasanya..

Sebagai orang pompuan fitrahnya pasti sampai.
Bila datang harinya, pertama kali dalam hidup aku sakit teruk sbb aku masih posa time tu.
Keadaan kiosk tu mmg nmpak trang tang tang yg aku tak posa sbb kon eskrem ade kesan gigit n mineral water aku terpaksa kebas sbb hypo..
Aku hypo dlm keadaan datang bulan, gilak, menggigil aku.
Sebenarnya aku tak boleh mkn eskrem pun sbb nk termuntah, jadi aku mkn kon utk ganti gula dlm darah, tapi tak mampu. MInum air pun rasa nk luah balik.
Aku sakit terduduk, aku kena bgtau bos yg aku perlukan pengganti, aku nk rehat.
Aku tepon bos sruh sapa2 budak pompuan bawak naik pad kat aku..Budak tu then report kat bos pasal aku.

Lepas rehat setengah jam,kiosk tu berganti dgn sifu eskrem aku hari tu.Aik mana budak pompuan tu? em, takpelah, mybe ramai customer kat bawah.
Aku panggil nama sifu, dia tengok aku, dan katanya bos suruh aku balik.
Tp, husna tgu sini dulu eh, abang nk turun sat amik barang.
Ha, ow, ok.
Jap gi abang naik, husna boleh balik.
K, aku mengangguk. AKu pelik.
"Abang" pulak dah, kan dia lagi muda pada aku, dia pun tau
Pape la..aku yg sakit, dia yg kaget
dia caring kat aku kowt...hohoho
Apabila aku nk balik, aku berterima kasih kat bos sbb selamatkan keadaan, namun, aku malu.. sbb "pad" tu
WAAAAAAAAAHAA AKU MALU...
Sebelum balik, aku terkulat-kulat nk gitaw bos pasal air mineral tu. Bos paham, tp apsalla ramai sgt org kat situ time tu..Uhuuuu maluuu..

Selepas punch break, mknn aku siap dibungkus, diorang bising2 je suruh aku mkn terus, kononnya nnt sejuk tak sedap..smbil senyum sinis utk-org-tak-posa...huuu,
aku wattattaw ja

cis seronok sungguh diorang gelak kat aku sbb kntoi tak posa
Setat hari tu, bos aku yg sorang lagi tau tau je aku tak posa..
huuuu, dah le, aku maluu
Masalahnye, ramai sgt yg tau...
WWWWWWWWWaaaa maluuu

Notakakiku: sebenarnya aku tak mo letak crita ni, tp takpe, bukan diorang taw pun aku ade blog. lagipun korang je yg bace, cam tak biase lak..blah laaaa