I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 15, 2011

reUNION satu tahun setengah after grad

Kalo bukan sebab Dayen datang Penang berkursus, mungkin kami tak bereunion. Dgn izin Illahi berjumpa jugak terutama sekali kawan yang tercampak jauh ke Pulau Labuan nuu

 





 Ini coklat pesan dari kepulauan bebas cukai dari Dayen..haha Tapi bukan coklat ni la yang jadi korban majlis pertunangan aku..eh!

Ini perfume kereta cap vanilla dari cik ten.. Em! lembut harumnya


dan BB cream sorang satu untuk cik ten dan dayen!!

Sunday, April 10, 2011

The last breath - Last Office is no here

Ini adalah minggu yang ke 5 setelah kematian pertama sepanjang aku bekerja di bilik pembedahan. Hari tu aku bukan runner, scrub maupun GA girl, aku cuma tolong2 kawan aku yang akan meneruskan operation open-heart surgery selama lebih kurang 2-4 jam ni. Ini bukan CABG, ini PDA je. So far, sebelum hari itu, belum ada rekod kematian lagi sepanjang aku kerja di hsopital ni, tapi sebelum aku kerja dulu ada la.

Ya lah, ramai yang kata Patent Ductus Arteriosus ni waktu patient masih dalam kategori paediatrik (umur dari 1 hingga 18 tahun) akan dibedah tapi mungkin banyak halangan dari segi kewangan, kompetensi untuk pembedahan boleh jadi sebab kenapa pembedahan ke atasnya ditangguhkan sehinggalah sekarang. Operation   ni pun tak serumit CABG, cuma ligate atau ikat je


  • Femoral vein di celah kangkang (cabang vena besar) akan disambungkan ke mesin perfusi. Mesin ini bertindak menguruskan aliran darah dari jantung dan mengepamnya ke seluruh anggota badan sementara fungsi jantung dihentikan untuk pembedahan. 
  • Rangka jantung di dada kiri akan dibuka, hingga menemui pericardial dan aorta. Aorta akan disekat di atas dan bawah duktus tersebut menggunakan clamp.
  • Lapisan aorta akan dibuka dan patch sintetik akan dijahit menerusi bukaan pada duktus.
  • Setelah berjaya, tugas mengembalikan fungsi jantung yang sebelum ini diambilalih oleh mesin perfusi akan dimulakan.
  • Apabila jantung berjaya mengepam darah secara normal, tiada pendarahan tambahan dikesan, kesemua lapisan jantung dan rangka dada akan dijahit semula.
  • Di akhir pembedahan, chest tube akan dipasang untuk mengeluarkan sebarang cecair dan udara yang berbaki semasa proses pembedahan.

diterjemah daripada : 

Bukan niat nak menakutkan sesapa yang akan menjalani pembedahan ni, cuma aku yg masih baru lagi dgn kes2 trauma psikologi camni. Hanya nak kongsi je.

Patient tu aku tengok dia muda lagi, anak dara seusia aku, aku tolong check consent, aku tengok raut wajahnya macam redha je, mugkin jugak dia takut,(mestila takut) tapi dia cuba tenang. Dia tengok je kami buat kerja, lama dia tengok, aku pon terperasan. aku datang balik kat dia, aku tengok dia dan senyum, cuba biar dia rasa selesa.

Then, kami masuk, OT semua dah prepare, sementara tunggu dia lali dengan anaestetik, dia masih jugak macam sebelum, melihat semua orang lama-lama, tak lepas. Akhirnya dia pon lena, aku tolong team tu sampai surgeon sampai dan mulakan pembedahan.

pukul 12.30 aku balik...

Hari isnin, baru aku tau yang patient tu meninggal dalam OT, lepas habis kes. Dia tak bangkit2 dah lepas operation tu..huhu..
Teruskan bacaan..>>