Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun. Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun. Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA: 1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu? 2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’. Kita ambil senario ini -Senario 1- Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini? -Senario 2- Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk. Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) w
life is about to change