Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Paediatric

POLIS..huuh

Susuk tubuh seorang lelaki, tegap, beruniform polis, megah dan bergayanya melangkah masuk ke Wad Kanak-Kanak, perlahan-lahan sambil matanya mencari-cari wajah sesiapa yang familiar. Atas beberapa sebab pagi itu, Koperal ini ditugaskan ke wad ini untuk mencari bukti-bukti yg boleh menyokong, memberi idea dan modal berkenaan kes jenayah disyaki penderaan kanak-kanak yang heboh di akhbar kerana kemisterian serta ketaklogikannya. Koperal berseragam biru gelap itu berhenti di katil seorang kanak-kanak perempuan yg tidak bertagnama di katilnya. Dia mendekati dan bertanya beberapa soalan kepada budak 8 tahun yang lesu di sampingnya kepalanya ada plastik kuning biohazard yg didekatkan supaya senang untuknya muntah. Budak itu menjawab apa yg dia tahu sahaja, begitu juga penjaganya. Kelihatan wad itu agak sibuk pada pagi itu kerana tiada siapa yang menghiraukan seorang Koperal yang masuk ke daerah asing itu. Koperal itu memerhatikan mangsa utk menyelesaikan masalahnya, lalu dia menghampiri seora...