Perlukah set bersalin? Kalau tanya maksu i, konferm jawapannya "TAK PAYAH" Bila saya survey tengok semua set-set berpantang, boleh cari familiarity dalam setiap set, semua hampir sama, cuma ikut pada kesesuaian badan kita boleh terima ke tidak. Asasnya, semua set bersalin ada bahan untuk mandi, urut, makan dan pakai. Memangla semua benda ni patut ada semasa berpantang, tp kalau tak ada pun in shaa Allah boleh cari sebab tak mahal pun kalau kita guna je apa yg dah sedia ada di rumah. mandian herba minyak urut kapsul makan/jamu bengkung krim barut/ pes berbarut Kalau berpantang di kampung, semua benda dalam set ni dah semestinya ada, tambah pulak yg menjaga kita masa berpantang itu ibu kita. Dah tentu dia praktik balik masa dia berpantang dulu, jadi no worries. Bertungku adalah wajib, mesti dan tak boleh tinggal masa berpantangan yer!! Bertungku mesti dilakukan setiap pagi, petang dan malam sekurang-kurangnya 2 kali setiap sesi. Tada tungku? Em, ambik batu sung...
life is about to change