Langkau ke kandungan utama

Persediaan asas berpantang, tak perlu set bersalin

Perlukah set bersalin? Kalau tanya maksu i, konferm jawapannya "TAK PAYAH"

Bila saya survey tengok semua set-set berpantang, boleh cari familiarity dalam setiap set, semua hampir sama, cuma ikut pada kesesuaian badan kita boleh terima ke tidak.

Asasnya, semua set bersalin ada bahan untuk mandi, urut, makan dan pakai. Memangla semua benda ni patut ada semasa berpantang, tp kalau tak ada pun in shaa Allah boleh cari sebab tak mahal pun kalau kita guna je apa yg dah sedia ada di rumah.

  • mandian herba
  • minyak urut
  • kapsul makan/jamu
  • bengkung
  • krim barut/ pes berbarut


Kalau berpantang di kampung, semua benda dalam set ni dah semestinya ada, tambah pulak yg menjaga kita masa berpantang itu ibu kita. Dah tentu dia praktik balik masa dia berpantang dulu, jadi no worries.

Bertungku adalah wajib, mesti dan tak boleh tinggal masa berpantangan yer!! Bertungku mesti dilakukan setiap pagi, petang dan malam sekurang-kurangnya 2 kali setiap sesi. Tada tungku? Em, ambik batu sungai sebesar bata, berbentuk bulat dan leper, boleh diangkat (maksudnya, janganla batu sungai yg besar dan berat tu, jenuhle nk menungku). Panaskan batu dan lapikkan dengan daun mengkudu kemudian balutkan dengan kain tebal dan ikat dengan tali. Bersedialah untuk bertungku. Haaa, cara bertungku, tungku di tepi-tepi perut, bukan di tengah sebab rahim tengah membengkak takut bentan plak, turun darah macam air paip.

Untuk mandian herba, kalau ada daun inai, ke daun jambu batu, rebuskan dua jenis daun ini dalam periuk besar dan masukkan segenggam garam. Cedok la agak2 setengah dari air rebusan atau agak cukup untuk dibuat mandi. Campurla dengan air biasa bagi suam2 sikit, bukanla mandi semata-mata dia je air rebusan tu ye. Air rebusan tu pun bole guna untuk cuci luka bersalin atau sitz bath, berendam dalam air rebusan tu, pastikan bahagian perineum terendam selama 10 minit ye. Kalau keliling rumah, ada daun pandan, serai, daun kunyit, daun limau purut masukkan aje untuk mewangi dan menyegarkan badan. Tapi, harus diingat, jangan main air lama2, mandi semasa berpantang pun sekali je sehari ye. Untuk elak badan sejuk. Cara nak mandi boleh rujuk sini http://mutiarasayangibu.blogspot.com/p/mandi-daun-daun-herba.html
Tapi lepas hari ke 12 saya mandi air suam biasa je, tak de rebus2 apepun dah.

Kalau di rumah dah ada minyak panas untuk urut, itu dah cukup. Lepas mandi urut perut, pinggang, kaki dan tapak kaki dengan minyak urut, lepas tu pakai stokin tebal ye.Terpulanglah nak urut sendiri pon bole, nak mintak orang urutkan pun bole, tengokla sapa yg rajin nk menjaganya.

Berbengkung pulak, semestinya selepas mandi dan sesudah sapu minyak urut tu. Resipi mak i, guna kapur + perahan limau nipis je. Kapur bole beli kat kedai india. Sapu di perut yg dah menggeleber tu, dan bengkungkan diri anda. Bengkung saya milik makcik saya yg dah mengakhiri zaman beranaknya, elok je lagi, jadi tak perlu membaziruun. Kalo boleh pakai sokmo, jangan skip.

Jamu untuk berpantang? ikut suka suka hati, kalo nak makan beli je yg loose macam Nona Roguy Phytonatal ke, jamu mak dara ke, jamu sendayu tinggi, leesa formula pilih la. Tp kalau tak mo jamu, multivitamin pun sudah memadai. Multivitamin yang popular sekali, haruslaa Shaklee, i amik Vitalea je, itu pun cukupla, terpulangla kalau nak cuba set berpantang Shaklee, tada masalah, jangan bebankan diri dan enjoy your confinement period. Tapi, multivitamin dan minyak kelapa dara (VCO) mesti ada, bukan nak promote, tp paling kurang kene ada 2 benda ni, In Shaa Allah, tubuh badan kembali sihat dan cantik.

Sekarang dah banyak produk Virgin Coconut Oil (VCO) di pasaran, so terpulang pada uolls. Saya amalkan VCO start dari sebelum mengandung sampai sekarang. Alhamdulillah masa bersalin mudah, tak la didera sakit bersalin sampai sehari suntuk. Sesuai dimakan dan disapu di perut untuk kurangkan striae semasa mengandung dan melembutkan pintu rahim untuk memudahkan proses bersalin. Selepas bersalin, boleh di ambil 2biji kapsul setiap hari dan sapu di muka untuk hilangkan pigmen masa bersalin, sapu di rambut untuk elakkan rambut gugur sebelum tidur. Berbau minyak kelapa? Jgn risau, baunya tak kuat pun, dan tak berminyak sangat sebab minyak kelapa dara ini sangat cepat menyerap. Minyak yang sihat adalah minyak yang kelihatan crystal clear dan tekstur minyak ni ringan je.

Makanan yg kene pantang tu pun ikutla ye, jangan bedal sesuka hati, kita ni permata hati suami dan anak. Kesihatan kita penting untuk orang2 yg kita sayang ni ye..

https://www.facebook.com/hamidarshat45/videos/749040462536266/

Jom tgk video pandangan Dr.Hamid Arsyat mengenai pantang bersalin 👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻

Ulasan

  1. Terima kasih..good info sangat-sangat ;)

    BalasPadam
  2. A very good sharing. Xpyh nak beli set yg mahal2 smpi beratus hinggit. Tengkiu sis!

    BalasPadam
  3. A very good sharing. Xpyh nak beli set yg mahal2 smpi beratus hinggit. Tengkiu sis!

    BalasPadam
  4. A very good sharing. Xpyh nak beli set yg mahal2 smpi beratus hinggit. Tengkiu sis!

    BalasPadam
  5. Tqsm! Sy memg tgh trcarik2 info utk pas brsalin ni..

    BalasPadam
  6. Tqsm! Sy memg tgh trcarik2 info utk pas brsalin ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

pendapat tuan hamba..

Catatan popular daripada blog ini

Accident & Emergency Department HUSM 21 - 24/12/08

Triage (triaj) Okeh, mula mula sekali sesampainya di bahagian ini, biaselah kene assess dulu setting nya. Di sana akan ada satu bilik pemeriksaan untuk physical examination gitu la (tapi tak penah guna utk tujuan tu pun, sekadar ada) yg dalam bilik tu akan ada bende yg akan digunakan utk immediate treatment seperti ATT (anti tetanus toxoid), syringe 3mL, needle, bandage, gauze dan jugak cotton. Ade jugak beberapa cervical collar kat dlm kotak (kalo korang perasanla). Itu kat dlm bilik tu. Di luar pulak, iaitu di kaunter tu, ada la brg2 utk observe vital sign sperti tympanic thermometer, auto BP, sPO2, termometer biasa . Kalo monggah2 sket jumpe la syrup MMT (immediate utk patient gastrik), PCM and adela air n cawan polistrin yg mestila gunanya utk telan ubat tersebut, sementara menunggu giliran utk mendapat rawatan kecemasan. Diingatkan, di emergency unit adalah utk mereka yg memerlukan rawatan yg segera atau emergency especially kanak2 dan org tua. Well, physiologically pun kit

Ubat Encik K

entry terbaru mungkin bertajuk mencari kerja tp tauk tepi dulu... kita cerita bab perubatan dan perkara yg tak diketahui masyrakat umum especially muslim Pecah rahsia Actually, perkara ni bukan la rahsia sangat, cuma kalo yg tahu tu beringat, yg tak tahu tu, nasible. Ape bende? Ubat.. tahukah kamu kamu dan kamu orang, bahawa ada beberape ubat yg tidak halal dicocok maupun dimkn kerana buatannya dari enzim encik K (bukan name sebenar) atau pig. Contohye bagi pesakit jantung yg mengambil suntikan rutin ubat cair darah, suntikan ubat kencing manis, beberapa minyak yg digunakan bagi pesakit yg alergik. Tapi toksah la disebutkan disini, kang kena saman lak... Walaubagaimanapun, teknologi sekarang menggunakan haiwan lain utk menghasilkan ubatan yg satu ketika dulunya hanya menggunakan babi...iaitu insulin yg HALAL diperakui oleh JAKIM..ehe Jadi precautionnye, adik2 yg pektikal tu, pakaila glove sbl anda cucuk ubat mereka itu. Kalo kena cecair tersebut, anda kene samak tahu.