Langkau ke kandungan utama

Janin dan bayi menendang-nendang!!

I would think and imagine that's life after getting a baby might be very cheerful.
Setiap hari mula sebelum mengandung lagi, saya rasa, alangkah baiknya kalau ada baby, kan best main2 dgn dia, sembang2 dgn baby, semuanya bayangan indah2 dan bahagia belaka. Kalau, dia menangis, saya akan pujuk2 dia, bagi dia makan, dodoikan tidur, bagi mandi, tukar lampin, flirting2 loving2 jadinya, bahagianya!!

Masa mengandung  janin mula menendang pada usia 16minggu atau 4bulan, bila ia menendang-nendang, saya rasa dia happy-go-lucky sampai terlompat lompat. Kadang2, bila kita makan nasik masa tu jugakla dia berebut2 dalam perut mintak disuap dulu. Sian dia agaknya dah lama dia tunggu uminya makan, dia lagi cepat lapar dari uminya. Masa kerja, bila uminya berjalan, berlari-lari anak ke sana ke mari, dia sedap je rasa dibuai, akhirnya dia lena, Lagi baikla di tidur dari mengganggu uminya kerja, sampai akhirnya, umi berhenti rehat, dirasakan buaiannya terhenti dan dia terjaga dan lapar lagi. Umi pun, benti kerja je makan, rehat je makan, demi menjaga diri dan nyawa yg dikandung. Akhirnya, umi pun semakin bulat, diikuti perut yang semakin membulat dan berat. 

Tapi, umi kerja misi, mana ada masa nak berehat lama-lama memanjakan diri, tiap-tiap hari kena kerah diri, kalo mengulat sekejap pun orang nak mengungkit, kesian baby dalam perut, jadi alasan bila kerja tak jalan sebab uminya letih. Orang tak mengandung mana tahu, mentang2 sekarang diorang dah lepas fasa mengandung, diorang mengata ke kita pulak sedang mereka dulu pun sama, siap ambil cuti lama lagi, sedangkan kita ni nak ambik cuti pun fikirla kesusahan rakan sekerja yang tak cukup kakitangan. Pada saya, selagi termampu, saya takkan ambil cuti, biarlah bayi kat dalam ni difitnah sekalipun, dia pasti tahu yg uminya tabah dan kuat, dan umi akan lahirkan anak yg kuat dan cekal macam dia. Itu doa uminya setiap hari.

Saya bukanla hebat pun tapi senjata saya, bersabar je selagi mampu. Dugaan semasa mengandung, menebalkan lagi kesabaran dalam diri untuk menempuh hari2 yg semakin dekat. Memang rasa takut, tp usaha dan tawakkal, saya akan usaha jugak untuk bersalin biasa, SVD spotaneous vaginal delivery. Baru terbaca mengenai hypnobirth, cuba hipnosis diri untuk menahan kesakitan semasa bersalin. 

Anyway, seterlahirnya anak sulung kami, rasa sangat stress, dengan keletihan bersalin, baby pulak asyik menangis je, dah diberi susu badan, dah ditukar lampin, dah diurut perut dgn minyak angin, baby kembung agaknya? Cara berubat semua dicuba. Masa berpantang tak pernah sunyi dgn tangisan, sampaikan semua cara dah dibuat, risau jugak kalau baby menangis tanpa sebab takut kena sawan tangis, takut ada sakit2 lain yg kita tak tahu, baby mana boleh bercakap katakan sakitnya apa dan dimana. Tiap2 hari tuam perut anak, mandi anak dgn air jampi, urut dgn minyak urut yg org lain cadangkan kebagusannya, pakai barut anak. Mak anak pun kena jaga pemakanan kalau nak bagi susu badan sepenuhnya, akhirnya, hari2 berpantang makan lauk yg sama je, sampai rasa nak memberontak, berpantang pulak rumah mertua, aduhh kena banyakkan lagi bersabar, apa yg org hidangkan, makan sajalah. Hubby pun kesian, dia balik 3hari sekali dia akan belikan anything his wife wished for, but still on pantang boundary line, no off limit ya, abang sayang bini abang long-term taw, jadi pantang mesti kena jaga ya!! Haila,uminya pun tabik hormat menurut perintah.. ceii
emote-drool photo drool.gif


Sekarang, baby getting much2 better, Alhamdulillah berkat kesabaran dan handling baby with very much gentle and care. Maklumlah, saya ni kasar skit, suami pulak yg mngajar bagi jadi lembut. Muhammad Imran Arrazi, bila nak didukung tangan dan kaki menendang-nendang, bawak la jalan ke sana ke mari, bila kita letih dan duduk sekejap, tak maunya, meronta-ronta, bila kita bangun dan berjalan baru dia berenti tendang2, terfikir saya hidupnya dari dalam perut sampai terlahir di dunia ni xbanyak beza karenahnya. Masa dalam perut, saya berehat, dia menendang-nendang nak suruh kita bawak dia berjalan, macam itu jugakla dia ni sekarang.
newborn till berpantang 


2 bulan setengah 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan asas berpantang, tak perlu set bersalin

Perlukah set bersalin? Kalau tanya maksu i, konferm jawapannya "TAK PAYAH" Bila saya survey tengok semua set-set berpantang, boleh cari familiarity dalam setiap set, semua hampir sama, cuma ikut pada kesesuaian badan kita boleh terima ke tidak. Asasnya, semua set bersalin ada bahan untuk mandi, urut, makan dan pakai. Memangla semua benda ni patut ada semasa berpantang, tp kalau tak ada pun in shaa Allah boleh cari sebab tak mahal pun kalau kita guna je apa yg dah sedia ada di rumah. mandian herba minyak urut kapsul makan/jamu bengkung krim barut/ pes berbarut Kalau berpantang di kampung, semua benda dalam set ni dah semestinya ada, tambah pulak yg menjaga kita masa berpantang itu ibu kita. Dah tentu dia praktik balik masa dia berpantang dulu, jadi no worries. Bertungku adalah wajib, mesti dan tak boleh tinggal masa berpantangan yer!! Bertungku mesti dilakukan setiap pagi, petang dan malam sekurang-kurangnya 2 kali setiap sesi. Tada tungku? Em, ambik batu sung...

Tinggalkan AKU..

Kau yang mau Aku tak ada lagi Di dalam hidupmu karena kau t’lah bosan Kau yang bilang Kini kau t’lah berubah Tak ada yang bisa kau harapkan lagi Uuuhhh… ku kira waktu yang kan menang Kusalah Uuuhhh… pergilah bila kau inginkan pergi Tinggalkan aku, tinggalkan aku Jangan pikirkan teruslah melangkah Aku tak penting untuk dirimu Carilah, cari bahagiamu itu Ku t’lah pasrah Dengan keputusanmu Percuma semua dipaksakan Free Download MP3 Tinggalkan Aku - Irwansyah Kebelakangan ni, aku selalu ditinggalkan. Sedihnye. Rasa berseorangan je, walaupun ramai.

KOMENICHI~ komuniti la

makan laksa the last day Aktiviti sambilan ketika patient takdok, menampal stiker ubat Ada ketikanya blackout..aha lagi tak dok kijo Pembungkusan ubat... ~den takde dlm gmba ne, gmba tido ade ar~ erm, best gak rasanya sekala kito kluaq USM (remix utaraklate) Kali ni, kami menjelajah dekat-dekat je ke klinik kesihatan di kelantan ini..yg jauhnya tak berapa melebihi 25 km Maksudnya: tak berapa buleh la nk claim elaun JPA..mm Y did I mention tak berapa melebihi 25km? Sbb paling jauhpun stakat ne 26 km jek..mm Ada 4 group student yg akan dipostingkan ke 4 Klinik Kesihatan 1 KK BAchok fida di sini 2 KK Beris dayen di sini 3 KK Maligai kteorg la 4 KK Gunong willbe jenet Bersama tambahan member baru 3 org, rasa meriah sket, dtmbah pakcik drebar van sbg pelakon tmbahan yg beh jugak sister yg supporting. Tak byk kejadian yg tak pelik kat sini..tp kami tempuhi dgn kerjasama semua..SABAR jelah sepatutnya blog ini bertemakan story2 bermklumat pasal nursing..tp akhirakhir ni, lari tajuk la.. (gap...