Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Cara Untuk Jaga Gigi Susu bagi kanak-kanak yang kuat minum susu botol

Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun. Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun. Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA: 1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu? 2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’. Kita ambil senario ini -Senario 1- Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini? -Senario 2- Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk. Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) w

Sembelit bawa ke buasir.. jaga-jaga

Runsing dibuatnya, masuk kelas pagi2 ada student sakit perut. Yg dimintanya hanya minyak angin. Tanya punya tanya, dia memang pesakit sembelit. Aduhai... Kesnya lupa yang ubat dah habis. Lupa ni ayat mudah bagi tak makan ubat. Sehari tak makan ubat, ok lagi, masuk 3 hari, nah memulas la. Dah tu, nak aku jolokkan ke enema ni.. adehhh.. Sembelit ni 1 je caranya, pergi jamban. Sembelit yang tak diselesaikan boleh menyebabkan blocked/impacted stool kat big intestine yang akan mengakibatkan ke organ removal.. (Boleh jadi najis keras dan tersumbat di usus besar, yang kalau tak keluar jugak,kena buang sebahagian usus besar tu) Na'uzubillah... Susah wei hidup tanpa usus besar ni...  Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? Jadi oleh itu jagalah perut korang baik-baik. Sembelit teruk boleh bawak kepada hemorhoid, maksudnya berak berdarah atau prolapse hemorhoid(buasir). Dah la berdarah, anus (lubang punggung) terkeluar pulak. Jenuh... Buasir ni sangatlah tak selesa. Ko

Chocolate cyst

Terbaca link ni, katanya seumur hidup tak pernah datang haid. https://kisahdunia.com/seumur-hidup-tak-period-wanita-tanpa-rahim-gesa-jalani-rawatan-jika-alami-mrkh/ Masa belajar, cam pelik je, takkan kot ada kes camni.. In real life, memang wujud, even more weird pun ada.. Teringat plak dulu jadi runner assist surgeon tebuk vagina pastu keluar Choc cyst.. penangan anak dara tak pernah period...rupanya, jalan blocked. Choc cyst ni kategori non-cancerous. Cyst ni mcm belon kecil yang berisi cecair coklat yang biasanya terbentuk jauh di dalam ovari. Choc cyst mendapat nama kerana cairan pekat seperti tar ini berwarna coklat cair. Ini terjadi kerana darah dan tisu haid lama terkumpul dan yang memenuhi cyst tersebut. Ia juga dipanggil Ovarian endometrioma. Tapi dalam kes ni, yang rumitnya, pesakit ni ada kecacatan pada dinding vagina. Aku pun pernah tau yang ada macam-macam jenis cacat kelahiran sampai jumpa kes camni. Cacatnya ialah vagina tertutup sepenuhnya. Hidup normal seperti k

Pengalaman bersalin anak sulung

Tarikh cunn... Jangka bersalin tarikh baik punya 13/03/13, tp bersalin awal 2 hari iaitu 11hb. Seminggu sebelum tu... Sebelum melahirkan, si ibu selalu turun tanda dulu, anak lelaki selalunya turun darah, anak perempuan katanya turun air dulu. Tapi, seminggu sebelum bersalin anak sulung, keluar discaj hijau kekuningan macam kahak warnanya, waktu pagi saja, petang dah tak ada apa tapi tak ada contraction. Jadi saya amek cuti 3 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin memandangkan sepanjang mengandung pon kandungan sihat je, jadi tak perlu la bazirkan cuti. So, 3 hari sebelum bersalin itu saja tandanya, tak da contraction pon. Setiap kali lepas mandi, sapu Minyak kelapa dara kat kawasan peranakan, pastu biar ia meresap dulu baru pakai balik seluar dalam. Sambil2 tu selawat la, baca doa untuk mudahkan bersalin. Harinya tiba... Lebih kurang pukul 2 pagi, rasa air ketuban pecah tak la melimpah, tapi basah la kain batik tu setompok. Ok, basah sikit je, sambung tido balik. Tiba2 da