I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 19, 2013

Apa yang boleh mengganggu perkembangan janin?


Kalo sekiranya anda dah kawen, masih belum ada anak, gunakan masa ini untuk menabung untuk bajet masa depan. Sebabnya, start je ketahuan kita hamil, macam2 benda rasa nak beli, tapi hati2 masa shopping, jangan terbeli barang yg tak digunakan sampai ke sudah..

Sebab itula masa pregnant, kita tak digalakkan excited terlebih, boleh jadi kita mungkin keguguran (bukan mintak) atau janin tak membesar dengan sempurna, atau mati dalam kandungan. Bila terjadi, barang2 bayi yg dibeli hanya jadi mainan mata yg memedihkan jiwa. Apapun boleh jadi, kuasa Tuhan ye, bukan kehendak manusia. Kita hanya mampu menjaga sebaik mungkin dan berdoa serta tawakkal.

Apa yang boleh mengganggu perkembangan janin?

Kesihatan Ibu
Demam campak semasa hamil boleh menganggu pembentukan janin. Semasa demam, antibodi badan berperang dengan bakteria yg menyerang kita, oleh itu, pembentukann janin juga terlibat sama dalam perang itu. Walaupun janin berjaya hidup tapi tumbesarannya mungkin tidak lengkap terutama pada bahagian organ penting dan boleh membawa kepada kecacatan seumur hidup. Atau perlahan-lahan ia berdegup-degup dan akhirnya meninggal. Sedihnnya... kena masuk wad dan cuci peranakan.

Jangkitan kuman
Kuman dari kucing, dari bulu kucing, air liur, cakaran atau najis, boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan dan mengganggu tumbesaran janin. Ini disebut sebagai toxoplasmosis. Jika terjadi jangkitan pada 12 minggu awal kehamilan boleh membawa kepada kecacatan anggota badan, organ dan mata.

Genetik
Banyak penyakit yang boleh diwarisi menyebabkan kecacatan pada janin bayi, seperti, Thalassemia. Sumbing juga dikaitkan dengan faktor genetik. Perkahwinan sedarah juga boleh menyebabkan kelainan pada gen bayi yang bakal dilahirkan. Sebagai contoh pada zaman dahulu, keluarga kerajaan di Eropah banyak yang meninggal karena hemofilia atau darah susah membeku akibat "inbreeding" atau perkahwinan antara kerabat dekat.

Merkuri
Merkuri merupakan logam berat yang boleh menyebabkan kecacatan pada janin. Amalgam yang digunakan untuk menampal gigi mempunyai kandungan merkuri. Oleh itu, jangan amalkan mengunyah gula2 getah sekiranya gigi anda bertampal,kerana sisa sisa amalgam boleh masuk ke sistem penghadaman kita dan meresap ke dalam janin kita.

Ubat-Ubatan
Terutamanya anti-inflammatory seperti steroid dan antibiotik, dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap janin terutama jika diambil melebihi dos. Namun paracetamol selamat untuk dimakan rujuk http://drzubaidi.com/blog/?p=1308

Amalan pemakanan
Ais, air sejuk memang sedap tambah lagi air manis dan sejuk, tp masa mengandung jangan amalkan, kalo boleh jangan ambil pun, minum je air suam, atau air masak biasa. Air sejuk ni selalunya akan beri kesan pada  janin dalam kandungan. Kejadiannya bole jadi ralat pada sistem pernafasan anak, otak atau jantung, yang membawa kepada bayi asma, atau masalah kesihatan yg lain.

Di negara-negara yang miskin, malnutrisi dapat dilihat dgn jelas menganggu kehamilan dan melahirkan bayi yg  cacat. Kekurangan vitamin A, B, K, kalsium, sodium, magnesium, folik asid, thiamine, dan riboflavin terbukti menyebabkan kecacatan seperti menyebabkan bayi cacat jantung, tulang kaki lembut, bibir sumbing, hidrocephalus, kerdil, buta, dan terencat akal.

Jadi pada wanita2 yg nak mengandung ataupun dah mengandung, jagalah kesihatan, makan makanan yang baik2 je. 

Antara supplemen yg sunat (patut ada,tak ada pun xpe, makan makanan berkhasiat banyak2) diambil selain folic acid dan multivitamin ialah, kalsium, minyak ikan omega 6, vitamin C, minyak kelapa dara (atau virgin coconut Oil untuk melincirkan proses bersalin). Pakej multivitamin terglamer sekarang Shaklee la, macam2 set vitamin dia cover dari set kesuburan, set mengandung, set berpantang dan set maintain ayu.. ehehe. Kat farmasi pon macam2 jenama ada, buatla pilihan sendiri ye.

Minyak kelapa dara yg updated sekarang ialah Treenea Virgin Coconut Oil Antioxidant (VCOA). eceh, padahal aku baru nak guna. Ala, beli je jenama apapun kat kedai2 jamu berlambak, tp disebabkan feature antioxidant tu yg aku tertarik dgn jenama ni dan nak jadi ejen pun.

Kalau tak mampu nak beli supplemen ni semua, boleh je ambil madu, minum dgn air suam pagi2 sebelum makan apa2, ataupun amalkan makan kurma 3 biji waktu pagi. Makanan sunnah ni, amalkanlah waktu mengandung sampai lepas pantang In Shaa Allah takda masalah sembelit.

Tuesday, May 07, 2013

Blogging semula as a Mama - Pre-Hamil

Dengan Nama Allah dimulakan...
setelah bertahun kekeringan idea untuk mengarang blog, baru2 ni rasa nak mula blogging semula.
bukan apa, niat untuk menyampaikan ilmu dan panduan dalam kehidupan.

Pre-Hamil : Bunting Pelanduk
Alhamdulillah, aku dapat keja selepas 100days of fulltime housewife . 4 bulan selepas tu baru disahkan ada nyawa berdenyut dalam jasad ini. Tapi, bunting pelanduk tahu, bunting pelanduk pon kuarnya human baby gak bukan baby pelanduk. Masa tu aku ingat aku datang bulan, tp main2 ya bulan ni. kejap ada kejap tada, hari ni ada, esok seharian tada, malam besoknya ada pulak, spotting je setompok. Sehari setompok2 gitu sampai cukupla seminggu, tp time xda spotting tu aku bersuci dan solat seperti biasa. Tapi tgu jugala 24jam, kalo xda baru aku mandi dan solat, common rules la.
Bila check sendiri UPT (urine pregnancy test), positif, wwaaahh seronoknya, tp kawan2 pesan jangan excited sangat nak pi check kat dokter, 2 minggu lepas tu baru pi scan, sebab kadang2 awal2 kehamilan ultrasound xdpt kesan n dokter kang mara kita balik pasal overexcited..huh

Petua Mudah Hamil
Selama berbulan2 sebelum tu, macam2 cuba, yg istiqamah dari mula ialah amalkan baca Surah Maryam ayat 4-6, padanla dgn maksud ayat tu.
QS. Maryam (19) : 4
Ia berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku.

QS. Maryam (19) : 5
Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawali-ku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang anak laki-laki.".

QS. Maryam (19) : 6
"Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebagian keluarga Yaqub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai.".

Petua asalnya, amalkan masa minum susu kambing + kurma yg diblend setiap pagi as breakfast pun bole. Segenggam kurma dari suami + segenggam kurma dari isteri, dibuang biji dan campur masuk dalam mesin kisar dgn secawan air, kemudian tiap2 pagi susu kambing cap hi-goat sepeket tu bancuh dengan lebih kurang 2sudu besar air kurma tu. Sedap, rasanya lemak2 manis. Suami isteri kena minum taw, jangan sebelah pihak je minum. Sebelum minum baca bismillah dan ayat 4-6 Surah Maryam tu ye, dan tawakkallah...

Tapi resipi susu kambing+blended kurma ni tak menjadi dengan aku, tp aku tak stop pun, aku makan je sampai habis. Lepas tu aku amalkan setiap pagi minum susu lembu segar plak dgn doa yg sama. Tada campur kurma, plain fresh milk. Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku mengandung..

Di sebalik perut ibu mengandung
bila nampak perut ibu yg semakin menonjol, ramai orang akan telaah kandungan tu.

Jantina bayi
Anak lelaki : ni selalunya macam tak sabar2 nk tengok dunia,
  • pandangan bentuk badan ibu mengandung anak lelaki dari belakang nampak straight je, kadang2 nampak macam tak mengandung
  • linea alba yg menghitam tu tergaris lurus dari abdomen hingga ke pusat.
  •  photo pregnancy.jpg
  • masuk minggu ke 30 kandungan nampak lagi terbonjol macam tak sabar je nak kuar ini padangan kot tepi la ye

Org kata anak lelaki selalunya beranak awal dari tarikh jangkaan

Anak perempuan : biasanya sayang-mama attitudenya tgk eh
  • walopun dari belakang mamanya nmpak cam gemok, berisi, menjelang minggu kebonjolan iaitu minggu ke-20 ke atas, kandungannya nmpak bulat, dari tepi seolah olah dia peluk tulang belakang mamanya..(analogi je la, bukan betul2)
  • linea albanye plak dari abdomen straight sket pastu crooked sampai ke pusat mama
 photo pregnancy-say-goodbye-to-stretch-marks.jpg

Berbeza plak dgn anak pompuan, macam tanak kluar plak dibueknya.. bersalin kadang terlajak dari tarikh jangkaan

Di sebalik muka ibu mengandung
  • muka mamanya berseri-seri katanya anak lelaki, sebab anak lelaki tak curi kecantikan mamanya
  • muka mamanya kurang berseri katanya anak perempuan, sebab anak permpuan curi kecantikan mamanya

Tapi, semua ni berbeza dgn variasi keturunan masing2, hormon masing2, based on mostly people sembang la..