Langkau ke kandungan utama

Apa yang boleh mengganggu perkembangan janin?


Kalo sekiranya anda dah kawen, masih belum ada anak, gunakan masa ini untuk menabung untuk bajet masa depan. Sebabnya, start je ketahuan kita hamil, macam2 benda rasa nak beli, tapi hati2 masa shopping, jangan terbeli barang yg tak digunakan sampai ke sudah..

Sebab itula masa pregnant, kita tak digalakkan excited terlebih, boleh jadi kita mungkin keguguran (bukan mintak) atau janin tak membesar dengan sempurna, atau mati dalam kandungan. Bila terjadi, barang2 bayi yg dibeli hanya jadi mainan mata yg memedihkan jiwa. Apapun boleh jadi, kuasa Tuhan ye, bukan kehendak manusia. Kita hanya mampu menjaga sebaik mungkin dan berdoa serta tawakkal.

Apa yang boleh mengganggu perkembangan janin?

Kesihatan Ibu
Demam campak semasa hamil boleh menganggu pembentukan janin. Semasa demam, antibodi badan berperang dengan bakteria yg menyerang kita, oleh itu, pembentukann janin juga terlibat sama dalam perang itu. Walaupun janin berjaya hidup tapi tumbesarannya mungkin tidak lengkap terutama pada bahagian organ penting dan boleh membawa kepada kecacatan seumur hidup. Atau perlahan-lahan ia berdegup-degup dan akhirnya meninggal. Sedihnnya... kena masuk wad dan cuci peranakan.

Jangkitan kuman
Kuman dari kucing, dari bulu kucing, air liur, cakaran atau najis, boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan dan mengganggu tumbesaran janin. Ini disebut sebagai toxoplasmosis. Jika terjadi jangkitan pada 12 minggu awal kehamilan boleh membawa kepada kecacatan anggota badan, organ dan mata.

Genetik
Banyak penyakit yang boleh diwarisi menyebabkan kecacatan pada janin bayi, seperti, Thalassemia. Sumbing juga dikaitkan dengan faktor genetik. Perkahwinan sedarah juga boleh menyebabkan kelainan pada gen bayi yang bakal dilahirkan. Sebagai contoh pada zaman dahulu, keluarga kerajaan di Eropah banyak yang meninggal karena hemofilia atau darah susah membeku akibat "inbreeding" atau perkahwinan antara kerabat dekat.

Merkuri
Merkuri merupakan logam berat yang boleh menyebabkan kecacatan pada janin. Amalgam yang digunakan untuk menampal gigi mempunyai kandungan merkuri. Oleh itu, jangan amalkan mengunyah gula2 getah sekiranya gigi anda bertampal,kerana sisa sisa amalgam boleh masuk ke sistem penghadaman kita dan meresap ke dalam janin kita.

Ubat-Ubatan
Terutamanya anti-inflammatory seperti steroid dan antibiotik, dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap janin terutama jika diambil melebihi dos. Namun paracetamol selamat untuk dimakan rujuk http://drzubaidi.com/blog/?p=1308

Amalan pemakanan
Ais, air sejuk memang sedap tambah lagi air manis dan sejuk, tp masa mengandung jangan amalkan, kalo boleh jangan ambil pun, minum je air suam, atau air masak biasa. Air sejuk ni selalunya akan beri kesan pada  janin dalam kandungan. Kejadiannya bole jadi ralat pada sistem pernafasan anak, otak atau jantung, yang membawa kepada bayi asma, atau masalah kesihatan yg lain.

Di negara-negara yang miskin, malnutrisi dapat dilihat dgn jelas menganggu kehamilan dan melahirkan bayi yg  cacat. Kekurangan vitamin A, B, K, kalsium, sodium, magnesium, folik asid, thiamine, dan riboflavin terbukti menyebabkan kecacatan seperti menyebabkan bayi cacat jantung, tulang kaki lembut, bibir sumbing, hidrocephalus, kerdil, buta, dan terencat akal.

Jadi pada wanita2 yg nak mengandung ataupun dah mengandung, jagalah kesihatan, makan makanan yang baik2 je. 

Antara supplemen yg sunat (patut ada,tak ada pun xpe, makan makanan berkhasiat banyak2) diambil selain folic acid dan multivitamin ialah, kalsium, minyak ikan omega 6, vitamin C, minyak kelapa dara (atau virgin coconut Oil untuk melincirkan proses bersalin). Pakej multivitamin terglamer sekarang Shaklee la, macam2 set vitamin dia cover dari set kesuburan, set mengandung, set berpantang dan set maintain ayu.. ehehe. Kat farmasi pon macam2 jenama ada, buatla pilihan sendiri ye.

Minyak kelapa dara yg updated sekarang ialah Treenea Virgin Coconut Oil Antioxidant (VCOA). eceh, padahal aku baru nak guna. Ala, beli je jenama apapun kat kedai2 jamu berlambak, tp disebabkan feature antioxidant tu yg aku tertarik dgn jenama ni dan nak jadi ejen pun.

Kalau tak mampu nak beli supplemen ni semua, boleh je ambil madu, minum dgn air suam pagi2 sebelum makan apa2, ataupun amalkan makan kurma 3 biji waktu pagi. Makanan sunnah ni, amalkanlah waktu mengandung sampai lepas pantang In Shaa Allah takda masalah sembelit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan asas berpantang, tak perlu set bersalin

Perlukah set bersalin? Kalau tanya maksu i, konferm jawapannya "TAK PAYAH" Bila saya survey tengok semua set-set berpantang, boleh cari familiarity dalam setiap set, semua hampir sama, cuma ikut pada kesesuaian badan kita boleh terima ke tidak. Asasnya, semua set bersalin ada bahan untuk mandi, urut, makan dan pakai. Memangla semua benda ni patut ada semasa berpantang, tp kalau tak ada pun in shaa Allah boleh cari sebab tak mahal pun kalau kita guna je apa yg dah sedia ada di rumah. mandian herba minyak urut kapsul makan/jamu bengkung krim barut/ pes berbarut Kalau berpantang di kampung, semua benda dalam set ni dah semestinya ada, tambah pulak yg menjaga kita masa berpantang itu ibu kita. Dah tentu dia praktik balik masa dia berpantang dulu, jadi no worries. Bertungku adalah wajib, mesti dan tak boleh tinggal masa berpantangan yer!! Bertungku mesti dilakukan setiap pagi, petang dan malam sekurang-kurangnya 2 kali setiap sesi. Tada tungku? Em, ambik batu sung...

Tinggalkan AKU..

Kau yang mau Aku tak ada lagi Di dalam hidupmu karena kau t’lah bosan Kau yang bilang Kini kau t’lah berubah Tak ada yang bisa kau harapkan lagi Uuuhhh… ku kira waktu yang kan menang Kusalah Uuuhhh… pergilah bila kau inginkan pergi Tinggalkan aku, tinggalkan aku Jangan pikirkan teruslah melangkah Aku tak penting untuk dirimu Carilah, cari bahagiamu itu Ku t’lah pasrah Dengan keputusanmu Percuma semua dipaksakan Free Download MP3 Tinggalkan Aku - Irwansyah Kebelakangan ni, aku selalu ditinggalkan. Sedihnye. Rasa berseorangan je, walaupun ramai.

KOMENICHI~ komuniti la

makan laksa the last day Aktiviti sambilan ketika patient takdok, menampal stiker ubat Ada ketikanya blackout..aha lagi tak dok kijo Pembungkusan ubat... ~den takde dlm gmba ne, gmba tido ade ar~ erm, best gak rasanya sekala kito kluaq USM (remix utaraklate) Kali ni, kami menjelajah dekat-dekat je ke klinik kesihatan di kelantan ini..yg jauhnya tak berapa melebihi 25 km Maksudnya: tak berapa buleh la nk claim elaun JPA..mm Y did I mention tak berapa melebihi 25km? Sbb paling jauhpun stakat ne 26 km jek..mm Ada 4 group student yg akan dipostingkan ke 4 Klinik Kesihatan 1 KK BAchok fida di sini 2 KK Beris dayen di sini 3 KK Maligai kteorg la 4 KK Gunong willbe jenet Bersama tambahan member baru 3 org, rasa meriah sket, dtmbah pakcik drebar van sbg pelakon tmbahan yg beh jugak sister yg supporting. Tak byk kejadian yg tak pelik kat sini..tp kami tempuhi dgn kerjasama semua..SABAR jelah sepatutnya blog ini bertemakan story2 bermklumat pasal nursing..tp akhirakhir ni, lari tajuk la.. (gap...