Langkau ke kandungan utama

Cara Untuk Jaga Gigi Susu bagi kanak-kanak yang kuat minum susu botol

Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun.
Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.

Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:

1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?

2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.

Kita ambil senario ini

-Senario 1-
Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?

-Senario 2-
Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk.

Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.

Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur.
Inilah namanya KARIES SUSU.

TIPS CEGAH KARIES SUSU.

1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.

2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.

3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.

4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!

5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.

Photo berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.

Ini adalah contoh Karies Susu.
Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa?
Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.

Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula?
Yes, I feel you. I understand you.😊

Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.

Saya kongsikan caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini👇🏻

Pertama, pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.

Kedua, paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..

Ketiga, NO JAJAN , No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.

Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye ,ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.

Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)

Alhamdulillah
Semoga bermanfaat.
Azila Dentist
Klinik Pergigian Azila Bangiakar gigi susu yang telah dicabut

gigi susu yang rosak

Jahitan setelah gigi susu bersama akarnya dicabut... 😓😢😢

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan asas berpantang, tak perlu set bersalin

Perlukah set bersalin? Kalau tanya maksu i, konferm jawapannya "TAK PAYAH" Bila saya survey tengok semua set-set berpantang, boleh cari familiarity dalam setiap set, semua hampir sama, cuma ikut pada kesesuaian badan kita boleh terima ke tidak. Asasnya, semua set bersalin ada bahan untuk mandi, urut, makan dan pakai. Memangla semua benda ni patut ada semasa berpantang, tp kalau tak ada pun in shaa Allah boleh cari sebab tak mahal pun kalau kita guna je apa yg dah sedia ada di rumah. mandian herba minyak urut kapsul makan/jamu bengkung krim barut/ pes berbarut Kalau berpantang di kampung, semua benda dalam set ni dah semestinya ada, tambah pulak yg menjaga kita masa berpantang itu ibu kita. Dah tentu dia praktik balik masa dia berpantang dulu, jadi no worries. Bertungku adalah wajib, mesti dan tak boleh tinggal masa berpantangan yer!! Bertungku mesti dilakukan setiap pagi, petang dan malam sekurang-kurangnya 2 kali setiap sesi. Tada tungku? Em, ambik batu sung...

KOMENICHI~ komuniti la

makan laksa the last day Aktiviti sambilan ketika patient takdok, menampal stiker ubat Ada ketikanya blackout..aha lagi tak dok kijo Pembungkusan ubat... ~den takde dlm gmba ne, gmba tido ade ar~ erm, best gak rasanya sekala kito kluaq USM (remix utaraklate) Kali ni, kami menjelajah dekat-dekat je ke klinik kesihatan di kelantan ini..yg jauhnya tak berapa melebihi 25 km Maksudnya: tak berapa buleh la nk claim elaun JPA..mm Y did I mention tak berapa melebihi 25km? Sbb paling jauhpun stakat ne 26 km jek..mm Ada 4 group student yg akan dipostingkan ke 4 Klinik Kesihatan 1 KK BAchok fida di sini 2 KK Beris dayen di sini 3 KK Maligai kteorg la 4 KK Gunong willbe jenet Bersama tambahan member baru 3 org, rasa meriah sket, dtmbah pakcik drebar van sbg pelakon tmbahan yg beh jugak sister yg supporting. Tak byk kejadian yg tak pelik kat sini..tp kami tempuhi dgn kerjasama semua..SABAR jelah sepatutnya blog ini bertemakan story2 bermklumat pasal nursing..tp akhirakhir ni, lari tajuk la.. (gap...

Tinggalkan AKU..

Kau yang mau Aku tak ada lagi Di dalam hidupmu karena kau t’lah bosan Kau yang bilang Kini kau t’lah berubah Tak ada yang bisa kau harapkan lagi Uuuhhh… ku kira waktu yang kan menang Kusalah Uuuhhh… pergilah bila kau inginkan pergi Tinggalkan aku, tinggalkan aku Jangan pikirkan teruslah melangkah Aku tak penting untuk dirimu Carilah, cari bahagiamu itu Ku t’lah pasrah Dengan keputusanmu Percuma semua dipaksakan Free Download MP3 Tinggalkan Aku - Irwansyah Kebelakangan ni, aku selalu ditinggalkan. Sedihnye. Rasa berseorangan je, walaupun ramai.