Langkau ke kandungan utama

Sembelit bawa ke buasir.. jaga-jaga

Runsing dibuatnya, masuk kelas pagi2 ada student sakit perut. Yg dimintanya hanya minyak angin. Tanya punya tanya, dia memang pesakit sembelit. Aduhai...

Kesnya lupa yang ubat dah habis. Lupa ni ayat mudah bagi tak makan ubat. Sehari tak makan ubat, ok lagi, masuk 3 hari, nah memulas la. Dah tu, nak aku jolokkan ke enema ni.. adehhh..

Sembelit ni 1 je caranya, pergi jamban. Sembelit yang tak diselesaikan boleh menyebabkan blocked/impacted stool kat big intestine yang akan mengakibatkan ke organ removal.. (Boleh jadi najis keras dan tersumbat di usus besar, yang kalau tak keluar jugak,kena buang sebahagian usus besar tu) Na'uzubillah... Susah wei hidup tanpa usus besar ni... 
Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Jadi oleh itu jagalah perut korang baik-baik. Sembelit teruk boleh bawak kepada hemorhoid, maksudnya berak berdarah atau prolapse hemorhoid(buasir). Dah la berdarah, anus (lubang punggung) terkeluar pulak. Jenuh...

Buasir ni sangatlah tak selesa. Korang berdiri ia terkeluar, korang duduk pun ia nak keluar. Tengok kiri kanan, masuk tangan dlm seluar, jolok bagi masuk balik..Lega kejap.. pastu, dia keluar balik.. hmphhh
Eeeeuuuuwwww..
That's real, and it happens

Cara akulah kan.. 
first time kena dulu, cuba makan Healin gamat.. 
Alhamdulillah, habis sebotol dan habis buasir. Caranya makan sesudu pagi² lepas sarapan..
Tapi okay la dlm RM 60 ke atas.

2nd time lepas bersalin..
So repeat beli, cumanya tak tahulah kenapa dah tak menjadi. Jadi, cubalah makan madu kelulut. Ada orang cadangkan.

Alhamdulillah, madu ni best dan hasilnya sentiasa konsisten. Buasir kalau dah masuk, tak keluar² dah.
Caranya, makan madu 1 sudu pagi masa perut kosong. Hasilnya, besok, licin je masa membuang. Takde meneran terok bagai. Amal setiap hari, bukan buasir je hilang, gastrik pun tak muncul²...

Apapun, diet harian kena banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan, serta minum air kosong. Ni tips sampingan dalam diet bebas sembelit. Renung renungkan dan selamat beramal..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan asas berpantang, tak perlu set bersalin

Perlukah set bersalin? Kalau tanya maksu i, konferm jawapannya "TAK PAYAH" Bila saya survey tengok semua set-set berpantang, boleh cari familiarity dalam setiap set, semua hampir sama, cuma ikut pada kesesuaian badan kita boleh terima ke tidak. Asasnya, semua set bersalin ada bahan untuk mandi, urut, makan dan pakai. Memangla semua benda ni patut ada semasa berpantang, tp kalau tak ada pun in shaa Allah boleh cari sebab tak mahal pun kalau kita guna je apa yg dah sedia ada di rumah. mandian herba minyak urut kapsul makan/jamu bengkung krim barut/ pes berbarut Kalau berpantang di kampung, semua benda dalam set ni dah semestinya ada, tambah pulak yg menjaga kita masa berpantang itu ibu kita. Dah tentu dia praktik balik masa dia berpantang dulu, jadi no worries. Bertungku adalah wajib, mesti dan tak boleh tinggal masa berpantangan yer!! Bertungku mesti dilakukan setiap pagi, petang dan malam sekurang-kurangnya 2 kali setiap sesi. Tada tungku? Em, ambik batu sung...

Tsunami Jepun sana dan sini (di hati)..huhu

13/3 sengaja aku pilih tarikh ni...off call off stayback balik rumah dan menunggu bosannye mennunggu.. mak kate..berzikir.. akak kate lipat baju... abah kate masak nasik... kalo dah buat semuanye..nak wat ape lagi... semalam p manjung, tapi bukan jumpa echa, jenguk anak sedara yg ke-2 Alya Qistina namanya.. moden haih nama budak2 skrg ni sama besday dgn maksu saya, budak kcik ni, 11/3 dan jugak tsunami di jepun teringat lak kat yamapi..hehe Gambar Tsunami Jepun  dan  lagi gambar jadi hari ni dah 3 hari sampai hari ni.. hmm.. tunggu la cam nak hujan je...

Engaging~~~

mekap teruk -- sapa sokong?