Langkau ke kandungan utama

Pengalaman bersalin anak sulung


Tarikh cunn...

Jangka bersalin tarikh baik punya 13/03/13, tp bersalin awal 2 hari iaitu 11hb.

Seminggu sebelum tu...

Sebelum melahirkan, si ibu selalu turun tanda dulu, anak lelaki selalunya turun darah, anak perempuan katanya turun air dulu. Tapi, seminggu sebelum bersalin anak sulung, keluar discaj hijau kekuningan macam kahak warnanya, waktu pagi saja, petang dah tak ada apa tapi tak ada contraction. Jadi saya amek cuti 3 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin memandangkan sepanjang mengandung pon kandungan sihat je, jadi tak perlu la bazirkan cuti.
So, 3 hari sebelum bersalin itu saja tandanya, tak da contraction pon. Setiap kali lepas mandi, sapu Minyak kelapa dara kat kawasan peranakan, pastu biar ia meresap dulu baru pakai balik seluar dalam. Sambil2 tu selawat la, baca doa untuk mudahkan bersalin.

Harinya tiba...

Lebih kurang pukul 2 pagi, rasa air ketuban pecah tak la melimpah, tapi basah la kain batik tu setompok. Ok, basah sikit je, sambung tido balik.

Tiba2 datang sakitnya dgn contraction lebih kurang 10 saat selang 20 minit, pukul 4 pagi sakitnya makin kerap sakit selang 15 minit dan lama sikit dalam 30 saat, masa tu memang tak boleh nak tido, ingat nak buat apa pon, rasa macam tak tahan.

Cara kurangkan sakit...

Contraction memang sakit. Takde cara nak elakkan kesakitan tu melainkan kita alihkan rasa sakit menggunakan hipnosis sebelum sampai labor room. Kalau sakit kepala boleh makan Panadol, kalau sakit bersalin, kena bersalin keluar je baby Tu, baru hilang sakitnya. Haa.. serammm kan

Emm, macam mana nak describe rasa sakit tu ye? Em.. Dia rasa macam angin senggugut, rasa macam sangat2 nak terberak, tapi tak terkeluar dan sakit sangat.

Masa datang sakit tu macam nak tergolek menahan sakit, tapi disebabkan perut yg terbonjol tu, hanya boleh dok kaku tarik nafas sedalamnya melalui hidung dan hembus perlahan lahan melalui mulut yg dikejabkan antara dua bibir mulut, selawat la dalam hati, teknik ni kurangkan sikit rasa sakit. Kurang sikit ja la, huhu.

Lagi satu cara, alihkan rasa sakit dgn hipnosis, fuuu.. Ini kena  mentally well prepared untuk merasai keberkesanannya. I did try tapi tak ntahla.. selagi tak beranak, camtu lah. Sebab tu, sebelum bersalin tu minta maaf lah dgn semua orang, dan banyakkan berdoa semoga dimudahkan bersalin dan selamat kedua ibu dan anak.

Pecut ke hospital

Jadi selepas solat subuh, beg ibu dan anak yg dah ready 2 bulan sebelum bersalin, dibawak masuk dalam kereta dan terus pecut ke hospital. Lepas registration, nurse bg ubat sumbat suppository lactul kat punggung (sumbat sendiri ye) untuk membuang segala isi perut, tukar baju hospital semua, pukul 8 pagi check, pintu rahim terbuka 4cm.

Entonox untuk kurangkan sakit

Jadi berserah je dok atas katil bersalin tu, sambil sedut entonox bila Contraction sambil tunggu progress labor. Ni kira dah masuk 2nd stage of labor. Semakin kuat Contraction,semakin luas bukaan. Itu petanda baik.. 

Dan entonox tu, sedut masa sakit, rasa tak berkesan tapi lama sikit baru rasa lega. Jadi, sedut je, sekurang-kurangnya rasa okay sikit dari nak menahan sejuta rasa sakit bersalin. Tapi ikutlah,setengah orang request epidural bius sebab xtahan sakit.

Beranak jua akhirnya secara normal

Alhamdulillah, masa 3rd stage, dah 10 CM tu, doktor nasihatkan kalau sakit,teran je. Sambil tarik nafas panjang-panjang, masa sakit teramat tu aku teran, nafas aku lepaskan perlahan-lahan melalui bibir yg aku bukak sikit je. 

Aku tak jerit, semua tu simpan diam-diam. Azam cuma satu, masa sakit kuat tu, aku teran habis-habisan berbekalkan nafas yang aku tarik dalam2 dan dilepaskan cara purse lips. Selawat dalam hati tak putus-putus..
Alhamdulillah..aku nampak je doktor cucuk local bius, dia nak buat episiotomy. Aku redha je. Epi tu dia gunting sikit pintu vagina untuk mudahkan bayi keluar. Dan mudah je,lepas tu keluarlah bayi kecilku ituww.. Lega lepas tu.. 

Jahit epi.

Dah aku tak rasa dah sakit lain lepas keluar seketul manusia baru dari rahim aku. Placenta removal, injection, and of course the epi stitch. Doktor buatlah apa yg terbaik. Semuanya dah selesai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan asas berpantang, tak perlu set bersalin

Perlukah set bersalin? Kalau tanya maksu i, konferm jawapannya "TAK PAYAH" Bila saya survey tengok semua set-set berpantang, boleh cari familiarity dalam setiap set, semua hampir sama, cuma ikut pada kesesuaian badan kita boleh terima ke tidak. Asasnya, semua set bersalin ada bahan untuk mandi, urut, makan dan pakai. Memangla semua benda ni patut ada semasa berpantang, tp kalau tak ada pun in shaa Allah boleh cari sebab tak mahal pun kalau kita guna je apa yg dah sedia ada di rumah. mandian herba minyak urut kapsul makan/jamu bengkung krim barut/ pes berbarut Kalau berpantang di kampung, semua benda dalam set ni dah semestinya ada, tambah pulak yg menjaga kita masa berpantang itu ibu kita. Dah tentu dia praktik balik masa dia berpantang dulu, jadi no worries. Bertungku adalah wajib, mesti dan tak boleh tinggal masa berpantangan yer!! Bertungku mesti dilakukan setiap pagi, petang dan malam sekurang-kurangnya 2 kali setiap sesi. Tada tungku? Em, ambik batu sung...

Tinggalkan AKU..

Kau yang mau Aku tak ada lagi Di dalam hidupmu karena kau t’lah bosan Kau yang bilang Kini kau t’lah berubah Tak ada yang bisa kau harapkan lagi Uuuhhh… ku kira waktu yang kan menang Kusalah Uuuhhh… pergilah bila kau inginkan pergi Tinggalkan aku, tinggalkan aku Jangan pikirkan teruslah melangkah Aku tak penting untuk dirimu Carilah, cari bahagiamu itu Ku t’lah pasrah Dengan keputusanmu Percuma semua dipaksakan Free Download MP3 Tinggalkan Aku - Irwansyah Kebelakangan ni, aku selalu ditinggalkan. Sedihnye. Rasa berseorangan je, walaupun ramai.

KOMENICHI~ komuniti la

makan laksa the last day Aktiviti sambilan ketika patient takdok, menampal stiker ubat Ada ketikanya blackout..aha lagi tak dok kijo Pembungkusan ubat... ~den takde dlm gmba ne, gmba tido ade ar~ erm, best gak rasanya sekala kito kluaq USM (remix utaraklate) Kali ni, kami menjelajah dekat-dekat je ke klinik kesihatan di kelantan ini..yg jauhnya tak berapa melebihi 25 km Maksudnya: tak berapa buleh la nk claim elaun JPA..mm Y did I mention tak berapa melebihi 25km? Sbb paling jauhpun stakat ne 26 km jek..mm Ada 4 group student yg akan dipostingkan ke 4 Klinik Kesihatan 1 KK BAchok fida di sini 2 KK Beris dayen di sini 3 KK Maligai kteorg la 4 KK Gunong willbe jenet Bersama tambahan member baru 3 org, rasa meriah sket, dtmbah pakcik drebar van sbg pelakon tmbahan yg beh jugak sister yg supporting. Tak byk kejadian yg tak pelik kat sini..tp kami tempuhi dgn kerjasama semua..SABAR jelah sepatutnya blog ini bertemakan story2 bermklumat pasal nursing..tp akhirakhir ni, lari tajuk la.. (gap...