Langkau ke kandungan utama

Chocolate cyst

Terbaca link ni, katanya seumur hidup tak pernah datang haid.

https://kisahdunia.com/seumur-hidup-tak-period-wanita-tanpa-rahim-gesa-jalani-rawatan-jika-alami-mrkh/

Masa belajar, cam pelik je, takkan kot ada kes camni..
In real life, memang wujud, even more weird pun ada..
Teringat plak dulu jadi runner assist surgeon tebuk vagina pastu keluar Choc cyst.. penangan anak dara tak pernah period...rupanya, jalan blocked.

Choc cyst ni kategori non-cancerous. Cyst ni mcm belon kecil yang berisi cecair coklat yang biasanya terbentuk jauh di dalam ovari. Choc cyst mendapat nama kerana cairan pekat seperti tar ini berwarna coklat cair. Ini terjadi kerana darah dan tisu haid lama terkumpul dan yang memenuhi cyst tersebut. Ia juga dipanggil Ovarian endometrioma.

Tapi dalam kes ni, yang rumitnya, pesakit ni ada kecacatan pada dinding vagina. Aku pun pernah tau yang ada macam-macam jenis cacat kelahiran sampai jumpa kes camni. Cacatnya ialah vagina tertutup sepenuhnya. Hidup normal seperti kanak-kanak biasa sampai umur 18 tahun, baru datang jumpa doktor atas aduan sakit bahagian rahim. Buat ultrasound semua, lepas tu book kes di OT. Permintaan keluarga untuk buat masa tak de staff lain bertugas, maka Oncall team, readylah.. (Elaun Oncall anda masyuuukk.)

Tak complicated pun, doktor minta speculum, blade tirus dan suction. Punya banyak cyst coklat dia..euwww.. tgk susu coklat pun dah tak lalu.. Bau darah biasalah.. OT nurse kan.. normal je.

Tak pulak follow up pesakit tu camana lepas tu, but hopefully, she's being healthy. Jangan salah anggap pulak,cerita aku dah lama, x berkait dengan pesakit lain dalam link tadi.

Ini cuma pengalaman kerja nurse bilik bedah dulu. Just nak cerita yang best je. Yang tak best, abaikan dan maafkan je lah.

#OTnurselife #oncallteam #chococyst



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan asas berpantang, tak perlu set bersalin

Perlukah set bersalin? Kalau tanya maksu i, konferm jawapannya "TAK PAYAH" Bila saya survey tengok semua set-set berpantang, boleh cari familiarity dalam setiap set, semua hampir sama, cuma ikut pada kesesuaian badan kita boleh terima ke tidak. Asasnya, semua set bersalin ada bahan untuk mandi, urut, makan dan pakai. Memangla semua benda ni patut ada semasa berpantang, tp kalau tak ada pun in shaa Allah boleh cari sebab tak mahal pun kalau kita guna je apa yg dah sedia ada di rumah. mandian herba minyak urut kapsul makan/jamu bengkung krim barut/ pes berbarut Kalau berpantang di kampung, semua benda dalam set ni dah semestinya ada, tambah pulak yg menjaga kita masa berpantang itu ibu kita. Dah tentu dia praktik balik masa dia berpantang dulu, jadi no worries. Bertungku adalah wajib, mesti dan tak boleh tinggal masa berpantangan yer!! Bertungku mesti dilakukan setiap pagi, petang dan malam sekurang-kurangnya 2 kali setiap sesi. Tada tungku? Em, ambik batu sung...

Tsunami Jepun sana dan sini (di hati)..huhu

13/3 sengaja aku pilih tarikh ni...off call off stayback balik rumah dan menunggu bosannye mennunggu.. mak kate..berzikir.. akak kate lipat baju... abah kate masak nasik... kalo dah buat semuanye..nak wat ape lagi... semalam p manjung, tapi bukan jumpa echa, jenguk anak sedara yg ke-2 Alya Qistina namanya.. moden haih nama budak2 skrg ni sama besday dgn maksu saya, budak kcik ni, 11/3 dan jugak tsunami di jepun teringat lak kat yamapi..hehe Gambar Tsunami Jepun  dan  lagi gambar jadi hari ni dah 3 hari sampai hari ni.. hmm.. tunggu la cam nak hujan je...

Engaging~~~

mekap teruk -- sapa sokong?